Followers

Thursday, October 13, 2011

Kenangan di Permatang Padi Perak - Parit Buntar #2

Ni haa muka budak bercakaran demi sekeping gambar...
Haish..
Pe nak jadi..



Yang ni lak orang tua bangka tak sedar diri bajet macam baby la kononnya..
Hey..
Ko tak comel pun pakai headband baby tu bengong~!!

Ni abang Faizul men-cha-pub kat Bukit Merah Lake Town Resort

Kenangan di Permatang Padi Perak - Parit Buntar

14th of October 2011
------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua pengunjung2 blog sun yang simple dimple ni..

Well, first and foremost, sun nak guna ayat biasa iaitu dengan meminta maaf sebab dah lama sangat2 tak update..
Dah 2 minggu rupanya since the last time sun post something here..
Memang sun rindukan blog sun tapi masalahnya setiap kali buka dashboard, setiap kali itu juga sun kehilangan idea dan kata2 untuk start ceritera harian sun..
Bukannya sun menyombong dan bukan juga menjauhkan diri..
Just, I really2 can't get any blink of idea in this tiny brain of mine untuk tulis pape pun..
So, I'm sorry ya?

Alright..
Now sebelum sun start cerita, sun nak bagitau something - a good news (at least for me, though)..
SUN DAH SEMBUH DARI CHICKENPOX~!!
Hahaha..
Setelah mengharungi such a crappy days yang penuh dengan aku-garu-sini-aku-garu-sana, makan ubat antivirus berharga RM150++ yang perlu diambil 5 kali sehari which is I hated the most, since sun suka prescribe ubat tapi tak suka makan ubat, at last, Alhamdulillah, sun dah sembuh~!
Yay~!!

*Muka huduh selepas sembuh dari chickenpox - penuh dengan parut..DEMM~!!

Alright..Hari ni sun nak post about posting sun yang dah berakhir which is kat Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, Parit Buntar..It is located at the most northern part of Perak, which kita actually leh pegi ke Penang dan Kedah dengan hanya 5 minit perjalanan - WHICH IS TOTALLY COOL DUDE~!!

Sun just berada kat situ almost 3 minggu, since sun jatuh sakit for more than a week..
Even gitu pun, banyak benda sun dah buat..
Antaranya pegi ke Klinik Kesihatan Bagan Serai untuk jadi Medical Laboratory Techies untuk sementara waktu..
Ok just bluffing..
Sun kat sana sebenarnya untuk belajar macam mana Lab Techies buat dying untuk check kuman Tuberculosis, which is sun rasa most of us dah tau dah pe tu kan?
Kalau tak tau poi cari dokek google tu haa...


*Dye dituangkan ke atas film yang ada swab kahak (sputum) pesakit yang disyaki ada TB

*Film yang ada swab kahak (sputum) on it yang dah diletak dye untuk identify background untuk microb


*Film kena bako untuk bagi sel-sel kuman Tuberculosis bukak liang selnya dan serap dye tu

*Acid diletakkan untuk cleankan dye tu daripada background microb, bagi buat kita dapat identify mana microb biasa dan mana sel Tuberculosis



Memang jadi Lab Techies ni kena ada kesabaran dan memang kena ada knowledge yang tinggi menggunung la..Nasib baik la sun tak jadi Lab Techies..Sun ni pemalas nak baca buku baca nota menghafal2 segala mala ni..Sun lebih suka buat benda dan praktikkannya..Tu cara sun belajar..
Ape pun, thanks bebanyak kepada Miss Usha dan Encik Zaman yang sudi ajar kami macam mana nak buat benda ni..Tak tau la kami ada peluang nak buat benda ni ke tak masa keje nanti..Tah2 kami serah kat Lab techies je yang buat..Huhu..

Oh ye..
Sun juga sempat ke Klinik Kesihatan Gunung Semanggol..
Ok about klinik yang satu ni, sun rasa kena tukar nama kepada Poliklinik la..Sebab fasilitinya memang bagus dan lengkap..Hampir semua unit ada..

Ape pun, kat sana, kami diserahkan kepada Unit Inspektorat untuk dibawa ke Kg Selamat, Bukit Merah untuk buat observation tentang penggunaan perigi pam yang digunakan orang-orang kampung untuk kegunaan seharian..Tempat Kg Selamat ni ada dekat tebing Tasik Bukit Merah tu je..
Which is very2 cool dan sangat2 besar..

Menurut cerita Pegawai Kesihatan Awam yang bawa kami ke sana, Tasik Bukit Merah ni sama kategori dengan Lake Danau Toba kat Indonesia, which is terhasil daripada kawah gunung berapi yang meletup dan kemudian mati..Sebab tu la air tasik ni sentiasa hangat dan mengandungi kandungan sulfur dan belerang..Dan sebab tu jugak la ikan arowana daripada kawasan Tasik Bukit Merah adalah yang paling cantik di dunia sebab airnya membentuk sisik ikan arowanan yang sangat2 dashing..

Sesampainya kat Kg Selamat, kami ditunjukkan apa tu Over Head Tank, which is tangki yang tinggi daripada tanah untuk membekalkan air kepada penduduk yang menggunakan subsidi air tu..
Tangki tu memang tinggi la diletak, since ia perlu untuk bagi pressure yang cukup untuk hantar air ke rumah2 yang menggunakannya..

*See?Tinggi daripada kepala kita, right?

Kami juga ditunjukkan pam elektrik yang menyedut air daripada perigi yang dikorek kira2 8 hingga 15 meter ke perut bumi..Rupanya perigi ni ada cara nak menentukan perigi tu sesuai ke tak untuk digunakan, dan ada pula cara nak menjaganya daripada tercemar..Nak tau, kena la pegi refer kat Unit Inspektorat kat situ..Penat sun cerita panjang2 kang..



Kos keseluruhan nak bina satu perigi, satu pam elektrik, satu tangki Over Head, dan paip2 yang menyalurkan air daripada pam ke tangki dan daripada tangki ke rumah semua ditanggung oleh kerajaan..
Ok now bukan sun nak promote kerajaan or what so ever, tapi, memang sangat2 beruntung jadi orang Malaysia ni..Dapat penggunaan air, bersubsidi dibuat untuk dorang..Dorang tak bayar satu sen pun..Then, dorang cuma perlu bayar duit elektrik RM 2 satu bulan hanya untuk pam elektrik yang berfungsi secara automatik, hanya on bila air dalam tangki berada dalam keadaan sedikit air..
Bayangkan..RM 2 satu bulan..
Nak dibandingkan dengan kat bandar, kat KL, mau tak sampai RM 100 satu bulan??
Demm..Ni yang rasa nak pindah ke kampung2 ni..
Jimat duit..Boleh la kawen..Huhuhu

Kami juga sempat melawat ke Bukit Merah Laketown Resort..
Tempatnya besar, dan cantik since tasik tu besar,right?
Ada la beberapa activity yang leh dijalankan kat sini..
Ada Ecopark, Waterpark, Orang Utan Island, dan macam2 lagi..
Semuanya harga berpatutan sangat2..
Kalau nak compare dengan Lost World Of Tambun tu memang jauh lebih murah dan jauh lebih best la tempat ni..
Ni sun include sekali fare untuk semua aktiviti kat sini..
Best dowh tempat ni~!
Kang nak bawak family nak bawak si dia ke sini la..
Awek yang comel2 nak ikut tu, sila la register dengan sun ye?
Hihihi





Seperti biasa, kalau dah pegi tempat2 baru ni, memang secara automatik sifat camwhore picturewhore semua dah keluar la kan..So, sun nak letak gak sikit2 pict kat sini..
Toksah nak letak bebanyak..Dah panjang berjela macam Hikayat Laila Majnun dah post aku yang satu nih..



Haha..
Memang dok kat sana, memang heaven..
Tak de kena buli dengan staff2..
Tak de nak kena kejar mengejar MA or sister..
Tak de nak kena banting tulang keje lebih teruk daripada staff sendiri..
Tak de..
Just relaks, relaks, dan relaks..
HEAVEN GILEH~!!

Memang lepas ni tak de dah akan serelaks tu..
Tapi, harapnya kenangan kat sana mampu terlekat kat ingatan sampai bila2 even dah keje nanti..
Thanks kepada semua staff2 Pejabat Kesihatan Daerah Kerian..
Tanpa dorang, kami tak dapat input seindah dan kenangan semanis ni..
Thanks semua..


Oh..
Tu je yang sun nak update..
Tapi, sun akan update lagi..
Now dah 3 suku pagi, tapi sun lom leh tido..
Sun akan refresh jap otak, then sun akan cuba update lagi about other occasion in my life..
Ok?
Thanks sebab sudi blog-berjalan (blogwalking) kat blog sun..
Love you all..




Tukang Heboh Tukang Cerita,
Sun Ihsan

Sunday, August 7, 2011

Belajarlah Kamu Hingga Ke Negeri China

7th August 2011
---------------------------------------------------------------
Hai peeps~!
Well, hari ni sun nak post one thing that is QUITE SERIOUS for me, well, you know, since sun ni otak jiwang karat, memang tak matang, dan gila-gila dalam perangai sebenarnya..

Tajuk tu, rasanya pasti semua pernah dengar..
Yes..Tu hadis daripada Rasulullah kita sendiri..
Dia yang ajarkan kita tentang betapa ilmu itu wajib dikejar even ke negeri China..

Tapi, CHOP DULU~!

Apa pengertian korang tentang ayat ni?
Ni adalah antara benda yang sun come across bila sun tanya kat some peoples out there..

"Belajarlah kamu hingga ke negeri China"

Dalam tanggapan sun, dalam pemikiran orang melayu kita, kita automatik akan fikir begini :

1.) Pergi negeri China tu, masuk Universiti, belajar
Which is quite relevant, kan?
Sounds like Rasulullah nak kita belajar kat China jugak..
Okay okay, make sense..

2.) Pergi anta anak masuk sekolah cina, suoh dia belajar tinggi-tinggi
Which is quite unique..
But still, ada juga orang kita yang fikir macam ni..
TRUST ME, I KNOW..
Sebab?
Sebab ni adalah antara punca utama I'M IN CHINESE SCHOOL daripada tadika sampai la form 2~!
My parents did think of that way..
And bila sun buat some research, a lot of Malay folks pun fikir benda yang sama..

3.) Buat perhubungan rapat dengan negara China, then gain something from them
Ni fikiran politik la ni..
Tak pun untuk golongan ekonomi dan business..
Well, tu memang coherent dengan bidang dorang..
Dalam pandangan lain, dunia ekonomi sekarang memang nampak yang orang daripada negara China adalah sangat pesat membangun, tak kira daripada bidang ape sekali pun..
Sampaikan we can see Chinese's cars, Chinese's pensils, Chinese's clothing brand, Chinese's pirated CDs, Chinese's MIG fighter planes, dan macam-macam lagi la..


Okay..
Tu daripada cetusan impuls otak orang lain..
Tapi, daripada my side of view, lain namun ada persamaan here and there..

"Belajarlah kamu hingga ke negeri China"

Untuk sun, Rasul ni adalah seorang riddle maker yang sangat-sangat genius..
Yes, dia pada awalnya tak reti nak membaca..
Tapi, otaknya adalah jauh lebih geliga daripada any human on earth ever to breathe..

Rasul tak pernah bagi kita satu ayat yang simple..
Pasti ada teka-teki, bunga-bunga dan kiasan here and there, right?
Pernah terfikir kenapa Rasul buat gitu?

Dia adalah Rasul..
Utusan Allah..
Means dia ada something great yang comes directly daripada Allah untuk pass kat kita..
A message..
A sign..
A call..


Kenapa bukan Barat?
Kenapa bukan Arab sendiri?
Kenapa bukan Eropah?


KENAPA MESTI CHINA?

Okay, now sun akan bagi hujah-hujah sun..
Kenapa China patut kita ambil sebagai tauladan, sebagai guidance, sebagai rujukan, dan sebagai cikgu untuk kita majukan Islam, malah untuk negara Malaysia kita sendiri..


1.) Moral
Seperti yang kita maklum, China ada sejarah yang sangat-sangat panjang..
Daripada tamadun China purba yang wujud sejak 1700 tahun sebelum masihi..
That means it's 3711 years ago, peeps..
Daripada dinasti maharaja pertama China iaitu Dinasti Xia, even dikatakan sebagai satu dongeng atau lagenda semata, namun, kisah purba ni dah jadi satu benchmark untuk tamadun China..
Kenapa?
Sebab even 3700 tahun lepas, Dinasti Xia dah ciptakan teknologi tulisan yang terdiri daripada simbol-simbol dan huruf-huruf, menyerupai sesuatu objek atau perkataan untuk perkara yang nak didescribekan..
Since tu jugak, budaya Cina diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, daripada satu dinasti kepada satu dinasti, daripada satu susur galur, kepada satu susur galur yang lain..
Namun, dorang tak pernah lekang dan hilang daripada budaya dorang sendiri..
Malah, dorang gah dan bangga dengan budaya dorang..
Tak kisah sesiapa pun, tua, muda, perempuan, lelaki, semuanya masih memupuk nilai-nilai murni yang dorang pelajari daripada tok nek moyang dorang..
Adakah kita begitu?
Tanya la kat diri kita sendiri..
Malah, sun sendiri pun kadang-kadang terbawa-bawa dengan angin pengaruh daripada Barat..
Tiada pegangan budaya sendiri..
Oleh kerana itu, Rasul menyuruh kita menuntut ilmu sehingga ke China..
Pelajari bagaimana dorang masih mampu mengekalkan ketimuran, kesusilaan, kesopanan, disiplin dan berbagai budaya ada resam sehingga ke cucu cicit dorang..
*Confucius - Manusia yang mengajar sopan santun tak kira kepada ibubapa, kawan, manusia, haiwan dan alam sekirar*


2.) Pendidikan
Bidang kesusasteraan cina memang mengagumkan kepada sesiapa saja yang mengkajinya..
Sun dulu apabila berada di Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, banyak terdedah dengan puisi-puisi, sajak-sajak, nukilan, novel, dan berbagai lagi subjek ilmiah daripada cendikiawan Cina..
Dorang ni tak putus-putus memerah otak dan keringat, merantau ke seluruh negara China untuk mengembangkan ilmu dorang, mengajar orang-orang Cina tentang ilmu pengetahuan..
Okay, to be mentioned here, sun nak korang ingat, negara China bukan macam Malaysia..
You can hop onto a motorcycle, pusing satu Semenanjung, naik pesawat, pergi ke Sabah Sarawak, naik pajero, naik perahu panjang dan datang semula ke tempat asal dan berkata "penat"..
Tapi, ni negara China bro..
It is the biggest country dalam kesatuan Asia ni..
Dan terrain muka bumi kat sana bukan macam kat Malaysia..
Kat sana ada wide range of terrains yang sangat-sangat getir dan sukar untuk ditempuhi..
Tapi cendikiawan Cina hanya naik tandu yang ditarik si keldai atau si kuda dan merantau ke seluruh China..
Bayangkan...
Ilmu dorang begitu hebat sampaikan dah beribu tahun dorang mati, ia masih diperkatakan, disebarkan, diajar disekolah-sekolah, dibukukan di universiti-universiti sampai sekarang..
Sebab itu, bagi sun, kita patut cari ilmu dorang tu..
Kembangkan otak kita, kembangkan bidang pendidikan kita, dan bukan hanya bergantung dengan pendidikan yang masih menggunakan pemikiran Barat yang sememangnya tak sesuai untuk manusia-manusia Timur dan Oriental macam kita di Malaysia ni kerana ia hanya akan menghancurkan budaya kita sendiri..
*Li Bai - Penyajak terkemuka daripada Cina kuno yang banyak menyumbangkan puisi dan ilmu pengetahuannya kepada budaya cina dunia*

3.) Ketenteraan
Rasanya most of us pasti dah pernah tengok cerita The Mummy : The Tomb of The Dragon Emperor yang Jet Li berlakon sebagai Qin Shi Huang, seorang maharaja yang zalim, kan?
Ada sesiapa pernah find out who the heck is Qin Shi Huang really is?
Masa sun belajar kat sekolah cina dulu, sun sangat-sangat mengagumi kehebatan seorang lelaki bernama Qin Shi Huang ni..
Kenapa?
Sebab dia memiliki kekuatan ketenteraan yang tak de tolok banding semasa manusia belum ada M16, Steyr Aug, satellite missile tracking device, J-Dam, dan macam-macam awesomeness ketenteraan sekarang..
Dia adalah maharaja yang dengan hebatnya menakluk hampir keseluruhan negera China, yang semasa itu berpecah kepada beberapa dinasti maharaja yang lain..
Kenapa dia ni begitu hebat dalam mata sun?
Bukan sebab dia ada bilangan army force yang terbanyak dalam dunia masa tu, tapi, sebab kehebatan offense dan defense dia melawan orang-orang Mongul yang menyerang China daripada bahagian utara semasa tu..
Korang juga rasanya pasti tau siapa itu Mongul Khan kan?
How can Mongul Khan jajah dunia daripada hujung Mongolia sampai ke lautan Mediterrean tapi miss nak jajah China yang betul-betul di selatannya?
Sebabnya satu - Qin Shi Huang..
Qin Shi Huang la yang stop dan prevent orang-orang Mongul daripada menjejak kaki even seinci pun ke tanah China..
Macam mana?
Simple, guna benda sama yang dah digunakan Zionis Israel kepada penduduk asal Palestin - tembok..
Yes peeps..Tembok..
Tembok Besar China..
The world's wonder..
The only man made structure so big, that it can be seen from the moon, without any help using any satellite..
Cariklah satu persatu batu yang digunakan untuk bina keseluruhan tembok tu, dan stack melintang satu persatu, and you'll ended up with satu jajaran batu kecil disusun one after another that circulates the Earth 7 times~!
Merentas gunung-ganang, lembah, prairie..
Tembok Besar China dibina Qin Shi Huang untuk withstand kemaraan kekuatan askar-askar Mongul dari keep on pressing their homeland..
Lagi satu kegeniusan Qin Shi Huang - dia menggunakan Sun Zi Bing Fa (Military Method of Sun Zi) yang mengajar cara-cara taktik ketenteraan yang membolehkan dia menyatukan China..
Buku tu adalah satu penulisan ajaib manusia yang sangat-sangat berguna..
Pergilah cari translation of salinan buku tu, and your mind would be brainwashed dan input yang diberikan would change your life..
*Lelaki yang ada 1000 gundik - Qin Shi Huang*
*Qin Shi Huang punya peninggalan - the 1 million army of terracota, menunjukkan how strong he would be, even when he's dead*
Negara kita patut contohi macam mana Qin Shi Huang mentadbir ketenteraannya..
Macam mana komited dan berdisiplinnya tentera-tenteranya..
Now, kita tengok macam mana tentera kita..
Terlalu ikut macam mana orang Barat train tentera dorang..
With torture..With harshness..
Tapi still, dorang lost every battle they had fight for..
But not Qin Shi Huang..
Dia train badass dia sendiri daripada ground up..
Dia pastikan tentera dia fit and would be frightful..
Dia pastikan setiap pedang, setiap meriam, setiap kuda, setiap panah adalah deadly to anyone who stops him...
Bukan macam tentera kita sekarang..
Kita masih menggunakan Nuri..
Masih mengimport lagi teknologi Barat..
Kenapa kita tak came up with our own bullets and rifles?
Kenapa kita tak came up with our own missiles and torpedoes?
Kenapa kita tak came up with our own weapons and bullet proof jackets?
Come on..
Majukan otak tu..
Majukan minda tu..

4.) Ekonomi
China terkenal sebagai satu kuasa besar dunia dalam bidang ekonomi now..
Why?
Sebab dorang ada kuasa Veto?
BULLSHIT~!
Sebab dorang tak pernah stop trying~!
How many times kita tengok produk-produk cina dipaparkan kat televisyen tentang kegagalan, malfunction, keracunan, dan macam-macam lagi problem dorang since these 2 decades?
Banyak kan?
Still, dorang tak pernah stops popping like mushrooms~!
They keep on trying and trying and trying~!
Macam tu yang kita perlukan..
Keep on producing our stuff, pasarkan kat market dunia, tak kesah la ape je~!
Pensil, kertas, minyak, petroleum, apa je~!
NEVER STOPS TRYING~!
Come on..
Kita ada potensi besar..
Kembangkan industri perniagaan even dorang daripada rumah ke rumah..
Kembangkan industri pembuatan even dorang hanya mampu bertapak di sebuah rumah kedai..
Kembangkan industri pembikinan even dorang hanya mampu menyewa sebuah premis kecil..
Kembangkan produk-produk kita even ia hanya daripada hasil bumi semudah ubi kentang kita sendiri..
Tolong..
Bantu..
Bagi dana..
Bagi bantuan..
Bagi galakan..

Bagi dorongan untuk memasarkan produk..
Ingat~!
RAKYAT KAYA, NEGARA KAYA~!!
Apabila makcik paling miskin dalam Malaysia ni sudah mampu berniaga untuk menyara sewa rumah, untuk membeli makanan dan untuk menyara pakai perubatan dan pengangkutannya, baru la Malaysia layak berbangga kepada dunia tentang betapa majunya ia~!
Mesej ni sun post untuk orang-orang politik yang banyak buat bullshit kat luar sana..
Tak kisah kerajaan atau pembangkang, semua sama je..
Rakyat nak results, rakyat nak pertolongan, bukan sandiwara tak henti-henti~!
Stop the bullshit and starts helping our economy for God's sake~!

Moral of The Story:
Rasul tunjukkan kat kita how great can we be kalau kita mempelajari sesuatu from a firm and strong country seperti China, and still preserve our own identity sebagai orang timur..
Sun harap, dengan hujah-hujah sun, dapat buka mata orang di luar sana tentang dunia sebenarnya..
Janganlah leka dengan budaya-budaya dan anasir-anasir negatif berasal daripada Barat yang mencelakan identiti kita sebagai bangsa Melayu dan sebagai seorang Islam..


By the way, all sort of hujah yang sun perolehi adalah daripada ingatan kasar sun semasa sekolah, dan daripada rujukan buku-buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia..
Gambar-gambar ni pula sun sedut daripada Googles..



Yang Sekolah Cina Berkawan Dengan Cina Tapi Hati Masih Melayu dan Masih Islam,
Sun Ihsan

Thursday, July 7, 2011

Aku Malu Dengan Melayu

Aku malu dengan Melayu..
Tiada rasa sahabat saudara..
Tiada kompromi atau sepakat..

Aku malu dengan Melayu..
Cuma tau memegang pembesar suara..
Tapi kata2 yang dilontarkan cuma memalukan bangsa..

Aku malu dengan Melayu..
Mudah dipalu api2 benci..
Padahal ia bukan dari saudara sendiri..

Aku malu dengan Melayu..
Cuma tau bereformasi..
Tapi tau kebenaran hakiki..

Aku malu dengan Melayu..
Lupa perjuangan Si Tuah..
Yang cinta dan berkorban demi titah..

Aku malu dengan Melayu..
Cuma tau memporakperanda..
Tanpa mahu memajukan bangsa..

Aku malu dengan Melayu..
Kalah dengan India dan Cina..
Yang tekad mahu membina diri mereka..

Aku malu dengan Melayu..
Yang tiada mahu mengikut sunnah..
Dan bodoh mengikut telunjuk dan perintah..
Serta kata2 syaitan durjana..

Aku malu dengan Melayu..
Yang lupa bagai mana peritnya para pejuang..
Darah dan nyawa dikorban di medan perang..
Agar legasi hidup gemilang..

Aku malu dengan Melayu..
Tidak mahu membanting tulang..
Untuk membina bangsa tersayang..

Aku malu dengan Melayu..
Yang mampu tersenyum bangga..
Saat maruah diri dipertonton dan dijaja..

Tolonglah..
Aku anak Melayu..
Aku rumpun Melayu..
Aku tidak mahu Melayuku musnah begitu saja..

Tolonglah..
Aku ingin maju..
Membina masa depanku..
Agar dapat ku pacu generasi nanti..

Tolonglah..
Aku tidak mahu sahabat ku berperang..
Tubuh saudaraku dibunuh sewewang2..

Tolonglah..
Aku mahu hidupku aman..
Di tanah airku sepanjang zaman..






Aku anti BERSIH 2.0..
Aku anti penjaja maruah bangsaku sendiri..
Aku anti pengikut telunjuk pendusta kebenaran..
Aku anti penghina Rajaku, Sultanku sendiri..
Aku anti pembelot kedaulatan negaraku ini..
Aku anti keparat yang mewar-warkan penipuan kepada saudara2 ku..
Aku anti rakyat negara ini yang sanggup melaga2kan sahabat2ku..


Sedarlah, saudara Melayuku..
Jangan diperkotak-katikkan lagi..
Tolonglah..
Hentikan semua ini..
Tanggalkan penutup mata yang selama ini kau pakai..
Cuba buka matamu besar2..
Lihat apa pembangunan dan perjuangan untuk dirimu sendiri..
Jangan kau menjadi boneka..
Meruntun kedamaian yang patut kau perjuangkan demi anakmu, cucumu dan cicitmu semata2 kebodohanmu sendiri..
Tolonglah bangkit..
Tolonglah..
Demi Melayu mu..
Demi Islam mu..
Dan demi dirimu sendiri..


-Jeritan dari bibir Muhammad Ihsan bin Abd Manan-

Thursday, February 24, 2011

Medic : School Attack Part 2

24th February 2011 (WHAT??NOT AGAIN~!!)
----------------------------------------------------------------------------
muahaha..
sun saja je nak asingkan even hari ni..hehe..
sebab yang satu ni kinda special and meaningful for me..
huhu...
sebabnya??

SUN BUAT CERAMAH KESIHATAN DALAM BAHASA MANDARIN CHINESE DI SEKOLAH MENENGAH CINA~!!!

muahahahahahaha~~!!!

siyesly..
sun rasa bangga sangat2 sebab fasih dalam satu lagi bahasa..
tak sia2 kena rotan kat sekolah selama 9 tahun dari tadika sampai form 2..
all thanks to Tadika Cina Lee Rubber, SRJK(C) Lee Rubber di Gombak, dan tak lupa kat Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Jalan Ipoh...
thanks semua..
thanks cikgu2...
sayang korang...

sun dok bagi ceramah tentang kanser pangkal rahim dan vaksin yang dapat mengelakkannya - HPV Vaksin...
huhuhu..
yang paling buat sun terharu adalah respon students dan penghargaan dari mereka semua dan cikgu2..
thanks semua...

Mama, Ayah...
tau tak your anak bujang had been a great man now?
i wished you were there, tengok how i am in action...
sun nak korang rasa bangga dengan anak bujang korang ni...
sayang korang sangat2.....

guys..
ni sun sertakan sekali picture of me dalam action, means dalam ceramah okay?bukan berlakon siot~!hahahhaha
and sun jugak masukkan sekali some videos..
satu tu dirakam oleh Azam..high quality sebab kamera phone dia hebat2.. (N95 beb~!!)
satu lagi yang low quality tu dirakam oleh sun sendiri dengan cara diri sendiri..
huhu...
sun harap korang terhibur dengan post sun, pictures dan video dari sun ni..
thanks guys...
love you all....
















A Guy Who's Changed Into A Better Man,
Sun Ihsan

Medic : School Attack Part 1

24th February 2011
----------------------------------------------------------------------------
its been a really fine day for me hari ni..
it start with sikit2 sorrow la..
because Huda has been away..dia gi ikut rombongan kolej dia gi trip ke Langkawi..
haish...
sorang2 lagi..
wuwuwuwuwu
T_T

now, pagi tu kami ke SRJK(Tamil)Mahathma Gandhi Kalasalai, a tamil junior school at Sungai Siput, Perak..
kami selesaikan urusan immunisasi kanak2 darjah 1 dan buat fizikal examination am kat kanak2 tu..check sama ada berat badan dia ok, ketinggian dia normal ke tak, and dia ok ke tak..even de infestasi kutu pun kena rekod jugak tau~!huhu

tapi, de something yang meruntun jiwa sun sikit...
ada 3 orang kanak2 yang tersisih oleh family sendiri...
dorang tak tau kami cakap apa, mahupun bahasa tamil sekali pun dorang tak paham..guna bahasa isyarat pun tak reti..kesian sangat2..tercicir kerana parents tak ambil berat..
patutnya mereka di hantar ke institut pelajaran yang mampu membimbing golongan kurang upaya seperti dorang..sampaikan ada sorang kanak2 tu umur 10 tahun, tapi masuk darjah 1..bayangkan..dia tercicir 3 tahun..baru dapat masuk sekolah..takkan la 3 tahun diperlukan untuk parents dia sedar yang dorang patut hantar kanak2 tu ke sekolah???
haish...

well, it actually took us 4 day to accomplish out mission at SRJK(Tamil) MGK..penat sangat2..tapi, happy sebab dapat pastikan kanak2 yang sepatutnya dapat rawatan dan imunisasi dah pun dapat hak mereka sebagai rakyat Malaysia..apa pun nak ucapkan thanks kat kawan2 (Hafiz dan Azam), Staff Nurse Hasnah dan staff2 lain dari Klinik Kesihatan Sg Siput untuk pengalaman indah ni..thanks...








Monday, February 21, 2011

Wa Kena Beb~~!!!

21 Februari 2011
----------------------------------------------------------------------
holla guys~!
sun nak story pasal hari ni..
about my 1st day posting kat Unit Pasukan Kesihatan Sekolah, Klinik Kesihatan Sungai Siput..

well, as early as 6.30 am, sun dah siap2 dan bertolak ke sana..naik moto of course..men redah je actually sebab tak tau jalan..tanya orang yang berhenti kat traffic light je, it took me 25 minute journey dari asrama, then dapat jumpa la klinik tu..

it is a clinic that consist of a Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Klinik Pergigian, Klinik Kesihatan Alam Sekitar and of course the Unit Pasukan Kesihatan Sekolah itself...

besar la jugak kompound dia (kalau nak bandingkan memang jauh beza dengan KK Manjoi yang sampai patient kena dok luar berbumbungkan kanopi tu)..

disebabkan 2 orang kawan lagi lambat (Hafiz dan Azam Ustaz) disebabkan masalah transport (sebab tu sun nak naik moto..convenience nak gi keje, gi lunch, and gi balik keje), kami start lambat sikit...

kul 8.30, kami memperkenalkan diri, then terus gerak ke Sekolah Jenis Kebangsaan (TAMIL) Mahathma Gandhi Kalasalai, yang jarak dia tak sampai 500meter dari klinik..well, disebabkan land rover klinik tak muat, so sun pun dengan rela hati naik moto sun sendiri, while Hafiz and Azam berhimpit kat seat passanger depan (macam couple daa dorang duduk..muahaha)..

it was a Tamil school, so you can guess what happens - RIUH RENDAH SIOT~!!!
memang students dia bising gileh2~!haha...
kami buat pemeriksaan fizikal am kat student darjah 6..3 kelas je kami sempat handle hari ni..that was a sum of 100++ students..sok kena gi lagi untuk finishes all up and also bagi vaksin kat students darjah 1..huhu

then, kami lunch..since sun lom cucuk susuk..eh wait~!bukan susuk la..cucuk duit~!!ngeng~!huhu..since sun lom cucuk duit kat ATM, sun pun ke pekan Sungai Siput untuk mencari ATM and gi tanya2 about my bike punya repair (my wiring system dah failed..lights tak de, brake lights tak de..risau beb) and dah agak dah, memang kos dia tinggi..LC135 memang cekik darah dalam bab2 service and repair2 ni..haish..pe la nasib..takpe2..kang sun keje sun kuakan Persona sebijik~!YAY~!!

sun pun relax je beli nasik, while duua orang kawan tadi terpaksa jalan kaki 100meter untuk cari kedai makan paling dekat..memang kesian la..tapi, nak buat macam mana..huhu...

then, dalam kul 3, kami ikut Staff Nurse yang in charge tentang kami dan Unit tu ke sekolah2, dengan tugas hantar pamplate and form tentang HPV virus..kami ke 5 sekolah in total...tak sangka, antara satu sekolah dengan satu sekolah tu sebelah menyebelah je..kalau jauh pun, dalam jarah 50meter ke 100meter je..makaih~!!

last sekali, kami ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (CINA) Shing Sien..so sun pun turun ikut je staff nurse tu macam yang sun buat kat 4 sekolah before ni..still about enrolment untuk diregisterkan untuk mendapat HPV vaccine ni..tapi sekolah cina beb..means secara naturalnya mulut sun ni akan automatik cakap cina..(siut la mulut ni..memang tak leh handle kalau dah jumpa orang cina)so staff nurse tu pun bawa sun untuk jumpa Guru Penyelia HEM sesi petang (since students umur 13 tahun ada 6 kelas kat petang dan 5 kelas kat pagi coz 5 kelas tu adalah kelas peralihan)..bincang punya bincang, then dorang berdua decide untuk buat appointment bila patutnya dorang datang untuk bagi dos ketiga (dos terakhir) untuk students yang form 1 tahun lepas (yang of course dah dapat 1st and 2nd dose)...

then, dorang bincang lak pasal nak bagi form 1 tahun ni and semua girls yang umur 13 tahun untuk pelalian HPV ni..tetiba cikgu tu leh lak cakap tentang "before ni ah, kami ada terima someone tak kira doktor ka, misi ka untuk bagi taklimat..tahun ini tak ada meh??"..staff nurse tu leh lak jawap dengan muka confidentnya "err..maaf la puan, doktor dengan semua nurse busy la..ni adik ni dulu dia sekolah cina..tau la cakap cina..tapi dia student lagi..boleh ke dia bagi talk tu untuk student puan?"..then disambut lak dengan muka happy si cikgu "haiya~!manyak pandai oh~!ok la macam tu~!then hari khamis ini pukul 2.25 ah?boleh tak adik?"..yang paling sakit hati "boleh je..tak de masalah" tu la ayat yang kua dari mulut becok sun ni..geramnya~!!!

ok now..*sowi nak mencarut sikit*
I'M IN A DEEP SHIT~~!!!!
adoi...macam mana sun nak bercakap tak henti2 selama 1 jam nih~!!!WAKENABEB~!!!

adoi..macam mana ni~!!
huhu...nak tak nak, kena buat..ni bukan main2..ni bukan cobaan..ni BETUL2~!!!!
wuwuwu T_T

wish me luck ok?
jenuh la nak mencari bahan, buat presentation then kena pulak buat translation dalam bahasa cina..memang sakit la gini..huhu

wish me luck~!!
memang kena buat doa selamat dengan solat hajat ni..memang kompem goyang and menggigil atas pentas kang~!huhu

Wednesday, February 16, 2011

Jatuh Cinta, Jatuh Cinta, Jatuh Cinta Lagi~!

16 February 2011
-------------------------------------------------------------------
hi guys~!
hari ni nak post tentang something yang maybe sounded childish and un-man-ny thing..
but still, it happens to me and i'm kinda sure that there will be someone out there yang lalui benda yang exactly the same as i do..

sun now tengah praktikal kat Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Manjoi selama 2 minggu..minggu ni minggu terakhir kat sana..and apa yang sun leh conclude sejak 2 minggu berada kat KKIA ni is : TEKANAN JIWA...

why?

sun ni suka baby..i mean, A LOT~!
problemnya, baby-baby tu semua orang lain yang punya..
nak cium, salah..
nak cubit, salah..
nak gigit, salah..
haish... >.<"

tekanan~!!!

godaan berlambak2~!
cubaan menimpa2~!
tak pernah berhenti walaupun 1 hari pun~!
setiap hari 8 jam nonstop~!
urgh~!!!!

sampaikan staff nurse dan jururawat masyarakat kat situ kata : "Sun, ko cepat2 kawen la..dah gatal sangat dengan baby dah ko ni..lelaki, tapi suka baby..parah dah tu~!"

puan ku sayang oit..
bukannya tak nak kawen..
tapi, still on waiting list ni..
wuwu...
mana leh nak dapatkan baby sorang2~!
wuwuwuwuwu T_T

siot la...
nape leh suka sangat2 kat baby huh?
adoiyai..
kan besh leh beli baby kat kedai dalam packaging comei2 siap dengan baju2 dia, permainan dia and semua2 yang dia perlu..
wuwuwuwuwuwu

WAH~!NAK BABY LAH~!!!!
BABY BABY BABY OOOOO~!!!!


huhu...
sowi guys...
kena sawan bayi lak...
siyesly, sun suka baby..
ape yang sun tau, bila saat sun dapat baby yang sah milik sun dan pasangan sun kelak (Amin...), tu la hari paling bahagia dalam hidup sun~!!!
and sun akan jadi papa paling hebat di alam semesta~!! (macam iklan honeystars)


dah la..kang sun jadi gila kang..
bek sun stop...huhu
kang sun post lagi ye...

P/S : Huda, cepat2 la kawen dengan saya ye..saya dah tak tahan godaan iman dah ni..baby2 tu comei sangat2 la..grrr~!!!




Obsessive Baby Lover,
Sun Ihsan

Sunday, January 30, 2011

Travel Perak : Part 1

29th Jan 2011
-----------------------------------------------------------------

hi guys~!



nak cerita tentang trip sun dengan senior2 sun ngan kawan sun sorang ke Teluk Intan and Kellie's Castle~!

haha..it may sound crazy, but it really2 a unplanned trip actually~!huhu

so, the trip starts at 8.30..using Shapau's (my senior) car, Yayat, Hafizuddin n sun bertolak ke Teluk Intan~!siyes penat~!sampai2 je dah start panas..but that could only mean that the light source is marvellous for photoshoots~!



gila ke ape?drive penat2 all the way from Ipoh to Teluk Intan semata2 nak dapatkan gambar Menara Pisa tu~!hahaha

ni antara gambar2 kami kat situ~!
oh, by the way, ALL OF OUR PICTURE IS TAKEN BY PHONE'S LEFT ALONE AND PUT ON SELF TIMER~!HAHAHAHA






it took us about 6 hours for the journey and photoshoot~!tak ke gila~!hahaha..penat, tapi besh~!!

then, on the way home, kami berfikir sama ada nak end the trip sama ada nak gi Kellie's Castle or nak gi Gunung Lang..after dah dekat sampai Kampar (daripada Teluk Intan of course), kami decide nak hit to Kellie's Castle..



ok..sincerely..tempat ni sangat2 terkenal dalam bidang ghost hunting since it was one of the most haunted place in Malaysia..but, the scenery was fabulous~!

we took some crazy shoots together and alone of course~!
hahaha..memang jadi model yang baru graduate daripada UK~!
oh..Ulu Kinta ya?bukan United Kingdom~!hahaha

ni antara photo yang sun selitkan dalam post kali ni about Kellie's Castle...






memang besh gileh~!terasa nak buat lagi trip macam ni~!

for more photo of the trip, kindly proceed to my personal album dalam Facebook..
here's the link into it.. =)
Click Here

ape pun, trip kali ni sangat2 besh~!!!nak lagi~!!haha...

sok lak nak gi Gunung Lang dan Cameron Highland dengan Huda..
nanti sun update n upload gambar lagi..ok?
teruskan baca and jangan lupa introduce blog sun n follow~!ok?
haha
ok la..take care and have a good life~!
love you all~!


Travel-Addicted,
Sun Ihsan