Followers

Sunday, August 7, 2011

Belajarlah Kamu Hingga Ke Negeri China

7th August 2011
---------------------------------------------------------------
Hai peeps~!
Well, hari ni sun nak post one thing that is QUITE SERIOUS for me, well, you know, since sun ni otak jiwang karat, memang tak matang, dan gila-gila dalam perangai sebenarnya..

Tajuk tu, rasanya pasti semua pernah dengar..
Yes..Tu hadis daripada Rasulullah kita sendiri..
Dia yang ajarkan kita tentang betapa ilmu itu wajib dikejar even ke negeri China..

Tapi, CHOP DULU~!

Apa pengertian korang tentang ayat ni?
Ni adalah antara benda yang sun come across bila sun tanya kat some peoples out there..

"Belajarlah kamu hingga ke negeri China"

Dalam tanggapan sun, dalam pemikiran orang melayu kita, kita automatik akan fikir begini :

1.) Pergi negeri China tu, masuk Universiti, belajar
Which is quite relevant, kan?
Sounds like Rasulullah nak kita belajar kat China jugak..
Okay okay, make sense..

2.) Pergi anta anak masuk sekolah cina, suoh dia belajar tinggi-tinggi
Which is quite unique..
But still, ada juga orang kita yang fikir macam ni..
TRUST ME, I KNOW..
Sebab?
Sebab ni adalah antara punca utama I'M IN CHINESE SCHOOL daripada tadika sampai la form 2~!
My parents did think of that way..
And bila sun buat some research, a lot of Malay folks pun fikir benda yang sama..

3.) Buat perhubungan rapat dengan negara China, then gain something from them
Ni fikiran politik la ni..
Tak pun untuk golongan ekonomi dan business..
Well, tu memang coherent dengan bidang dorang..
Dalam pandangan lain, dunia ekonomi sekarang memang nampak yang orang daripada negara China adalah sangat pesat membangun, tak kira daripada bidang ape sekali pun..
Sampaikan we can see Chinese's cars, Chinese's pensils, Chinese's clothing brand, Chinese's pirated CDs, Chinese's MIG fighter planes, dan macam-macam lagi la..


Okay..
Tu daripada cetusan impuls otak orang lain..
Tapi, daripada my side of view, lain namun ada persamaan here and there..

"Belajarlah kamu hingga ke negeri China"

Untuk sun, Rasul ni adalah seorang riddle maker yang sangat-sangat genius..
Yes, dia pada awalnya tak reti nak membaca..
Tapi, otaknya adalah jauh lebih geliga daripada any human on earth ever to breathe..

Rasul tak pernah bagi kita satu ayat yang simple..
Pasti ada teka-teki, bunga-bunga dan kiasan here and there, right?
Pernah terfikir kenapa Rasul buat gitu?

Dia adalah Rasul..
Utusan Allah..
Means dia ada something great yang comes directly daripada Allah untuk pass kat kita..
A message..
A sign..
A call..


Kenapa bukan Barat?
Kenapa bukan Arab sendiri?
Kenapa bukan Eropah?


KENAPA MESTI CHINA?

Okay, now sun akan bagi hujah-hujah sun..
Kenapa China patut kita ambil sebagai tauladan, sebagai guidance, sebagai rujukan, dan sebagai cikgu untuk kita majukan Islam, malah untuk negara Malaysia kita sendiri..


1.) Moral
Seperti yang kita maklum, China ada sejarah yang sangat-sangat panjang..
Daripada tamadun China purba yang wujud sejak 1700 tahun sebelum masihi..
That means it's 3711 years ago, peeps..
Daripada dinasti maharaja pertama China iaitu Dinasti Xia, even dikatakan sebagai satu dongeng atau lagenda semata, namun, kisah purba ni dah jadi satu benchmark untuk tamadun China..
Kenapa?
Sebab even 3700 tahun lepas, Dinasti Xia dah ciptakan teknologi tulisan yang terdiri daripada simbol-simbol dan huruf-huruf, menyerupai sesuatu objek atau perkataan untuk perkara yang nak didescribekan..
Since tu jugak, budaya Cina diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, daripada satu dinasti kepada satu dinasti, daripada satu susur galur, kepada satu susur galur yang lain..
Namun, dorang tak pernah lekang dan hilang daripada budaya dorang sendiri..
Malah, dorang gah dan bangga dengan budaya dorang..
Tak kisah sesiapa pun, tua, muda, perempuan, lelaki, semuanya masih memupuk nilai-nilai murni yang dorang pelajari daripada tok nek moyang dorang..
Adakah kita begitu?
Tanya la kat diri kita sendiri..
Malah, sun sendiri pun kadang-kadang terbawa-bawa dengan angin pengaruh daripada Barat..
Tiada pegangan budaya sendiri..
Oleh kerana itu, Rasul menyuruh kita menuntut ilmu sehingga ke China..
Pelajari bagaimana dorang masih mampu mengekalkan ketimuran, kesusilaan, kesopanan, disiplin dan berbagai budaya ada resam sehingga ke cucu cicit dorang..
*Confucius - Manusia yang mengajar sopan santun tak kira kepada ibubapa, kawan, manusia, haiwan dan alam sekirar*


2.) Pendidikan
Bidang kesusasteraan cina memang mengagumkan kepada sesiapa saja yang mengkajinya..
Sun dulu apabila berada di Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, banyak terdedah dengan puisi-puisi, sajak-sajak, nukilan, novel, dan berbagai lagi subjek ilmiah daripada cendikiawan Cina..
Dorang ni tak putus-putus memerah otak dan keringat, merantau ke seluruh negara China untuk mengembangkan ilmu dorang, mengajar orang-orang Cina tentang ilmu pengetahuan..
Okay, to be mentioned here, sun nak korang ingat, negara China bukan macam Malaysia..
You can hop onto a motorcycle, pusing satu Semenanjung, naik pesawat, pergi ke Sabah Sarawak, naik pajero, naik perahu panjang dan datang semula ke tempat asal dan berkata "penat"..
Tapi, ni negara China bro..
It is the biggest country dalam kesatuan Asia ni..
Dan terrain muka bumi kat sana bukan macam kat Malaysia..
Kat sana ada wide range of terrains yang sangat-sangat getir dan sukar untuk ditempuhi..
Tapi cendikiawan Cina hanya naik tandu yang ditarik si keldai atau si kuda dan merantau ke seluruh China..
Bayangkan...
Ilmu dorang begitu hebat sampaikan dah beribu tahun dorang mati, ia masih diperkatakan, disebarkan, diajar disekolah-sekolah, dibukukan di universiti-universiti sampai sekarang..
Sebab itu, bagi sun, kita patut cari ilmu dorang tu..
Kembangkan otak kita, kembangkan bidang pendidikan kita, dan bukan hanya bergantung dengan pendidikan yang masih menggunakan pemikiran Barat yang sememangnya tak sesuai untuk manusia-manusia Timur dan Oriental macam kita di Malaysia ni kerana ia hanya akan menghancurkan budaya kita sendiri..
*Li Bai - Penyajak terkemuka daripada Cina kuno yang banyak menyumbangkan puisi dan ilmu pengetahuannya kepada budaya cina dunia*

3.) Ketenteraan
Rasanya most of us pasti dah pernah tengok cerita The Mummy : The Tomb of The Dragon Emperor yang Jet Li berlakon sebagai Qin Shi Huang, seorang maharaja yang zalim, kan?
Ada sesiapa pernah find out who the heck is Qin Shi Huang really is?
Masa sun belajar kat sekolah cina dulu, sun sangat-sangat mengagumi kehebatan seorang lelaki bernama Qin Shi Huang ni..
Kenapa?
Sebab dia memiliki kekuatan ketenteraan yang tak de tolok banding semasa manusia belum ada M16, Steyr Aug, satellite missile tracking device, J-Dam, dan macam-macam awesomeness ketenteraan sekarang..
Dia adalah maharaja yang dengan hebatnya menakluk hampir keseluruhan negera China, yang semasa itu berpecah kepada beberapa dinasti maharaja yang lain..
Kenapa dia ni begitu hebat dalam mata sun?
Bukan sebab dia ada bilangan army force yang terbanyak dalam dunia masa tu, tapi, sebab kehebatan offense dan defense dia melawan orang-orang Mongul yang menyerang China daripada bahagian utara semasa tu..
Korang juga rasanya pasti tau siapa itu Mongul Khan kan?
How can Mongul Khan jajah dunia daripada hujung Mongolia sampai ke lautan Mediterrean tapi miss nak jajah China yang betul-betul di selatannya?
Sebabnya satu - Qin Shi Huang..
Qin Shi Huang la yang stop dan prevent orang-orang Mongul daripada menjejak kaki even seinci pun ke tanah China..
Macam mana?
Simple, guna benda sama yang dah digunakan Zionis Israel kepada penduduk asal Palestin - tembok..
Yes peeps..Tembok..
Tembok Besar China..
The world's wonder..
The only man made structure so big, that it can be seen from the moon, without any help using any satellite..
Cariklah satu persatu batu yang digunakan untuk bina keseluruhan tembok tu, dan stack melintang satu persatu, and you'll ended up with satu jajaran batu kecil disusun one after another that circulates the Earth 7 times~!
Merentas gunung-ganang, lembah, prairie..
Tembok Besar China dibina Qin Shi Huang untuk withstand kemaraan kekuatan askar-askar Mongul dari keep on pressing their homeland..
Lagi satu kegeniusan Qin Shi Huang - dia menggunakan Sun Zi Bing Fa (Military Method of Sun Zi) yang mengajar cara-cara taktik ketenteraan yang membolehkan dia menyatukan China..
Buku tu adalah satu penulisan ajaib manusia yang sangat-sangat berguna..
Pergilah cari translation of salinan buku tu, and your mind would be brainwashed dan input yang diberikan would change your life..
*Lelaki yang ada 1000 gundik - Qin Shi Huang*
*Qin Shi Huang punya peninggalan - the 1 million army of terracota, menunjukkan how strong he would be, even when he's dead*
Negara kita patut contohi macam mana Qin Shi Huang mentadbir ketenteraannya..
Macam mana komited dan berdisiplinnya tentera-tenteranya..
Now, kita tengok macam mana tentera kita..
Terlalu ikut macam mana orang Barat train tentera dorang..
With torture..With harshness..
Tapi still, dorang lost every battle they had fight for..
But not Qin Shi Huang..
Dia train badass dia sendiri daripada ground up..
Dia pastikan tentera dia fit and would be frightful..
Dia pastikan setiap pedang, setiap meriam, setiap kuda, setiap panah adalah deadly to anyone who stops him...
Bukan macam tentera kita sekarang..
Kita masih menggunakan Nuri..
Masih mengimport lagi teknologi Barat..
Kenapa kita tak came up with our own bullets and rifles?
Kenapa kita tak came up with our own missiles and torpedoes?
Kenapa kita tak came up with our own weapons and bullet proof jackets?
Come on..
Majukan otak tu..
Majukan minda tu..

4.) Ekonomi
China terkenal sebagai satu kuasa besar dunia dalam bidang ekonomi now..
Why?
Sebab dorang ada kuasa Veto?
BULLSHIT~!
Sebab dorang tak pernah stop trying~!
How many times kita tengok produk-produk cina dipaparkan kat televisyen tentang kegagalan, malfunction, keracunan, dan macam-macam lagi problem dorang since these 2 decades?
Banyak kan?
Still, dorang tak pernah stops popping like mushrooms~!
They keep on trying and trying and trying~!
Macam tu yang kita perlukan..
Keep on producing our stuff, pasarkan kat market dunia, tak kesah la ape je~!
Pensil, kertas, minyak, petroleum, apa je~!
NEVER STOPS TRYING~!
Come on..
Kita ada potensi besar..
Kembangkan industri perniagaan even dorang daripada rumah ke rumah..
Kembangkan industri pembuatan even dorang hanya mampu bertapak di sebuah rumah kedai..
Kembangkan industri pembikinan even dorang hanya mampu menyewa sebuah premis kecil..
Kembangkan produk-produk kita even ia hanya daripada hasil bumi semudah ubi kentang kita sendiri..
Tolong..
Bantu..
Bagi dana..
Bagi bantuan..
Bagi galakan..

Bagi dorongan untuk memasarkan produk..
Ingat~!
RAKYAT KAYA, NEGARA KAYA~!!
Apabila makcik paling miskin dalam Malaysia ni sudah mampu berniaga untuk menyara sewa rumah, untuk membeli makanan dan untuk menyara pakai perubatan dan pengangkutannya, baru la Malaysia layak berbangga kepada dunia tentang betapa majunya ia~!
Mesej ni sun post untuk orang-orang politik yang banyak buat bullshit kat luar sana..
Tak kisah kerajaan atau pembangkang, semua sama je..
Rakyat nak results, rakyat nak pertolongan, bukan sandiwara tak henti-henti~!
Stop the bullshit and starts helping our economy for God's sake~!

Moral of The Story:
Rasul tunjukkan kat kita how great can we be kalau kita mempelajari sesuatu from a firm and strong country seperti China, and still preserve our own identity sebagai orang timur..
Sun harap, dengan hujah-hujah sun, dapat buka mata orang di luar sana tentang dunia sebenarnya..
Janganlah leka dengan budaya-budaya dan anasir-anasir negatif berasal daripada Barat yang mencelakan identiti kita sebagai bangsa Melayu dan sebagai seorang Islam..


By the way, all sort of hujah yang sun perolehi adalah daripada ingatan kasar sun semasa sekolah, dan daripada rujukan buku-buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia..
Gambar-gambar ni pula sun sedut daripada Googles..



Yang Sekolah Cina Berkawan Dengan Cina Tapi Hati Masih Melayu dan Masih Islam,
Sun Ihsan