Followers

Sunday, June 27, 2010

Reunion~!

28june 2010



ari ni sun adakan a small reunion dengan kawan2 sun masa kat SRJK(C) Lee Rubber dulu...
jangan pelik pasal nama tu sebab memang sun dulu masa sekolah rendah cina...
tu yang tau bahasa cina tu...

so, sun pick up Iqhwan (along) masa tengah ari..
then lepak kat umah sampai petang..then, Along bawa sun gi umah Farhan..sebenarnya, selama ni umah sun dengan umah Paan ni dekat je...jarak dalam 20 meter je..

lama tak jumpa dia..so borak pasal cerita lama2, gelak..tah la..rindu gila kat kawan2 lama..pastu dia offer kua kan majalah graduation sekolah tu..bila dia kua kan, terkenang saat2 masa kat sekolah dulu..rindu kot..

teringat macam mana terkial2 nak belajar satu bahasa baru dalam hidup,
nak bergaul dengan pelbagai kaum,
nak belajar nak berinteraksi,
nak kutip ilmu satu persatu untuk bersedia masuk ke tahap study yang seterusnya...

teringat jugak macam mana dengan kawan2..
kongsi nasi lemak banyak2, then combine n makan ramai2..ala2 nasi ambeng...
teringat macam mana kua daripada main gate sekolah dengan Along nak pegi Ong Tai Kim's KFC, n then dengan selamba yaya masuk balik..kompem2 kena tangkap dengan pengawas then kena libas tah bape kali dengan pengetua time tu.. -.-"

teringat how i like a girl so much~!
tapi dalam masa yang sama, sun benci dia sebab dia asyik dapat no 1 je...
last, sun kalahkan dia...
tapi, lepas kalahkan dia, ada lagi sorang student melayu upe2nya kat kelas lebih tinggi daripada tu.. -.-"
bak kata pepatah cina -
Satu Gunung Yang Tinggi, Pasti Ada Gunung Yang Lebih Tinggi Daripadanya

tapi, sun dapat kalahkan dia jugak n become the best malay student kat sekolah tu..huhu
_____________________________________________________________________________________

ok2..back to our main story...
_____________________________________________________________________________________

so, our meeting starts at 8 pm..ktorang meets up kat Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju...
since sun, Paan, N Along came early, ktorang decide untuk settles up a debt - Along lost to me once in bowling game..so, to even things up, sun pun match dengan dia jap..
well, at the end, i won (again)....

then Farid, Faris, Izzati and Izzuan came...ktorang men bowling gak...n somehow, i lost..huhu

then ktorang gi Afrose kat Plaza Idaman, Gombak...
makan2 n tengok bola sekejap...
German vs England..
banyak benda ktorang borak..then Raja came..Syarial came..and last2, Hafiz came also...

argh..miss them so much...
even the truth is sun tak bape ingat dorang ni...tapi, still, sun tau dorang sape..sun penah kenal dorang...n dorang la kawan2 sun kat sekolah dulu..some 8 years ago...
8 years..wow...dah lama...

sampai situ je kot...tak banyak pun nak share...
juz, kepada kawan2 lama kami..
Shafiqah, Anupriya, Gillian, Usop, Khatijah, Ramadana, dan banyak lagi kawan2 kami, we miss you guys so much n sad that all of you couldn't attend...

sun ada organise reunion holiday trip to langkawi this year end..join ok?
love you guys~!
xoxo














Monday, June 21, 2010

23 June

ari ni, tarikh keramat bagi sun...
ari ni la ari pertama sun kenal erti cinta, rindu, kasih sayang..
ari ni juga sun tinggalkan segala bahagian gelap sun untuk bersama dengan orang yang sun sayang..

kita tengah bercerita tentang satu perhubungan yang diikat selama 4 tahun..
ye...
since 23 jun 2006, sun dan ex sun dah kapel..
kami mula2 de hubungan, bukan atas dasar pape pun, just, sun just sebagai alat untuk dia sakitkan ati ex dia masa tu...
tapi, lama kelamaan, it changes...
sun makin sayang dia, n dia makin sayang sun...

kisah kami, biar sun je simpan..just, sun nak bagitau korang, ari ni, ari keramat bagi sun..i love this date so much..

even kami tak bersama lagi, sun akan sambut tarikh ni tiap tahun, tiap bulan seperti selalu..
sebab, ari ni la ari seorang budak lelaki jatuh cinta dan berubah menjadi seorang lelaki dewasa...

kepada semua : hargai intan yang menemani korang sebab bila korang kehilangan dia, korang akan dapat rasa setiap saat bersama insan tu adalah saat paling manis dalam hidup korang..

thanks kepada allah yang menciptakan cinta untuk kita manusia...

Sunday, June 13, 2010

Travel~! Pantai Puteri, Melaka~!

































Yup~!betul tu~!sun travel sampai ke Melaka~!
sun terbaca tentang sepasang pantai kembar kat negeri ni..
sun teringin nak pergi so last2 sun dapat gi jugak...
pasal roadtrip nak gi, sun malas nak cerita sebab panjang lak kang..tak campur ngan picts yang sun amek..huhu..

so, sampai2 kat sana, sun nampak kat sebelah kanan pantai tu ada tempat penyimpanan minyak milik Petronas..n sun bangga coz dorang pandai jaga kebersihan pantai supaya tak tercemar despite dorang dok simpan ngan proses minyak kat sebelah..sun belajar tempat simpan minyak ni pun masa form 5, subjek tambahan - geografi..huhu..so ingat sampai sekarang sebab namanya senang ingat - Tangga Batu..uhux~!

tempatnya cantik..luas sangat2 horizon..and kalau pandang elok2, kat ufuk sebelah sana lautan tu nampak macam tanah besar indonesia lak..uhux~!sun pun cari port, n sun lepak..sun dok main dengan pasir, men ngan air laut, tapi sun tak mandi coz sun travel bidan terjun, means tak bawak perkakas n pakaian spare..uhux~!sayangnya~!

Pantai Puteri ni dia berkembar..terpisah dengan kembarnya kat sebelah kanan oleh satu parit yg ditambak dengan batu2 so nampak macam tanjung kecik yang pisahkannya..nama pantai kembarnya Pantai Kundur..comei tol nama pantai..macam dalam cerita bawang putih bawang merah lak~!uhux~!

sun banyak amek gambar..coz, scenery dia lawa sangat2~!pantai ni agak jauh masuk ke dalam kampung2 so agak susah nak gi, tapi, kalau de transport sendiri, pasti senang..siyes, sun dah hafal jalan dia..nak tau?sun leh cerita kan...

daripada tol highway Plus, exit ikut tol Simpang Ampat..bila klua je tol, akan ada satu bulatan, so, amek 9 o' clock..tak paham?ikut kanan daa....huhu..
then, terus tak henti2...then, be aware of signboard coz its important to know where we are..lepas kita masuk ke daerah Melaka Tengah (JKR punya signboard), jalan terus lagi..then, lepas tu akan ada flightover ke tol Ayer Keroh hala selatan..takpe, terus lagi..untuk pengetahuan, kita akan lalu banyak sangat2 traffic light~!so, sabar la yek?
ok, sambung cerita, jalan terus, sampai kita nampak satu signboard kat sebelah kanan yang tulis "Simpang Ke Tangga Batu & Pantai Puteri", so, ikut kanan masa kat simpang traffic light lepas tu..
then, terus lagi..still ikut signboard sampai kita nampak satu simpang ke Tangga Batu & Pantai Kundur, so Pusing kanan..Then terus sampai jumpa T-junction, pusing kiri..(ingat,,kiri..sebab kanan tu Pantai Klebang yg dah xde pantai coz dh buat umah kat situ..such a waste~!)...
terus, then kita akan jumpa T-junction lagi..pusing kanan lak lepas ni..now, go straight..then kita akan lalu kawasan perindustrian Tangga Batu, n Loji Minyak Petronas Tangga Batu..and then, WALAH~!kita dah sampai~! =)
kalau salah direction sun ni,sila tanya kat mana2 gerai kat tepi jalan coz trust me, dorang sgt2 baik~!orang Melaka sgt2 ramah~!

huhu..bila dah dekat senja..sun pun siap2 nak balik..tapi, memandangkan masa tu tengah dekat2 senja, sun pun lepak jap coz nak tengok matahari terbenam...siyes sun cakap, cantik sangat2...kebetulan, kat belakang atau bertentangan dengan matahari terbenam ada awan mendung sangat2, n ada terbentuk pelangi yg paling besar sun penah tengok~!huhu..
pemandangannya cantik sangat2..tak sia2 datang jauh2...pengalaman ni amat manis untuk sun..sun akan bawa family sun kesini satu hari nanti..n mungkin, sun akan bawa orang yang paling sun cintai bila sun dapat hati dia, one day..uhux...tu pun KALAU DAPAT..huhu...

pantai puteri, sun tinggalkan kenangan sun kat sini...semoga, sun dapat datang lagi..
sun try upload seberapa banyak pict..enjoy ye?