Followers

Thursday, October 13, 2011

Kenangan di Permatang Padi Perak - Parit Buntar #2

Ni haa muka budak bercakaran demi sekeping gambar...
Haish..
Pe nak jadi..



Yang ni lak orang tua bangka tak sedar diri bajet macam baby la kononnya..
Hey..
Ko tak comel pun pakai headband baby tu bengong~!!

Ni abang Faizul men-cha-pub kat Bukit Merah Lake Town Resort

Kenangan di Permatang Padi Perak - Parit Buntar

14th of October 2011
------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua pengunjung2 blog sun yang simple dimple ni..

Well, first and foremost, sun nak guna ayat biasa iaitu dengan meminta maaf sebab dah lama sangat2 tak update..
Dah 2 minggu rupanya since the last time sun post something here..
Memang sun rindukan blog sun tapi masalahnya setiap kali buka dashboard, setiap kali itu juga sun kehilangan idea dan kata2 untuk start ceritera harian sun..
Bukannya sun menyombong dan bukan juga menjauhkan diri..
Just, I really2 can't get any blink of idea in this tiny brain of mine untuk tulis pape pun..
So, I'm sorry ya?

Alright..
Now sebelum sun start cerita, sun nak bagitau something - a good news (at least for me, though)..
SUN DAH SEMBUH DARI CHICKENPOX~!!
Hahaha..
Setelah mengharungi such a crappy days yang penuh dengan aku-garu-sini-aku-garu-sana, makan ubat antivirus berharga RM150++ yang perlu diambil 5 kali sehari which is I hated the most, since sun suka prescribe ubat tapi tak suka makan ubat, at last, Alhamdulillah, sun dah sembuh~!
Yay~!!

*Muka huduh selepas sembuh dari chickenpox - penuh dengan parut..DEMM~!!

Alright..Hari ni sun nak post about posting sun yang dah berakhir which is kat Pejabat Kesihatan Daerah Kerian, Parit Buntar..It is located at the most northern part of Perak, which kita actually leh pegi ke Penang dan Kedah dengan hanya 5 minit perjalanan - WHICH IS TOTALLY COOL DUDE~!!

Sun just berada kat situ almost 3 minggu, since sun jatuh sakit for more than a week..
Even gitu pun, banyak benda sun dah buat..
Antaranya pegi ke Klinik Kesihatan Bagan Serai untuk jadi Medical Laboratory Techies untuk sementara waktu..
Ok just bluffing..
Sun kat sana sebenarnya untuk belajar macam mana Lab Techies buat dying untuk check kuman Tuberculosis, which is sun rasa most of us dah tau dah pe tu kan?
Kalau tak tau poi cari dokek google tu haa...


*Dye dituangkan ke atas film yang ada swab kahak (sputum) pesakit yang disyaki ada TB

*Film yang ada swab kahak (sputum) on it yang dah diletak dye untuk identify background untuk microb


*Film kena bako untuk bagi sel-sel kuman Tuberculosis bukak liang selnya dan serap dye tu

*Acid diletakkan untuk cleankan dye tu daripada background microb, bagi buat kita dapat identify mana microb biasa dan mana sel Tuberculosis



Memang jadi Lab Techies ni kena ada kesabaran dan memang kena ada knowledge yang tinggi menggunung la..Nasib baik la sun tak jadi Lab Techies..Sun ni pemalas nak baca buku baca nota menghafal2 segala mala ni..Sun lebih suka buat benda dan praktikkannya..Tu cara sun belajar..
Ape pun, thanks bebanyak kepada Miss Usha dan Encik Zaman yang sudi ajar kami macam mana nak buat benda ni..Tak tau la kami ada peluang nak buat benda ni ke tak masa keje nanti..Tah2 kami serah kat Lab techies je yang buat..Huhu..

Oh ye..
Sun juga sempat ke Klinik Kesihatan Gunung Semanggol..
Ok about klinik yang satu ni, sun rasa kena tukar nama kepada Poliklinik la..Sebab fasilitinya memang bagus dan lengkap..Hampir semua unit ada..

Ape pun, kat sana, kami diserahkan kepada Unit Inspektorat untuk dibawa ke Kg Selamat, Bukit Merah untuk buat observation tentang penggunaan perigi pam yang digunakan orang-orang kampung untuk kegunaan seharian..Tempat Kg Selamat ni ada dekat tebing Tasik Bukit Merah tu je..
Which is very2 cool dan sangat2 besar..

Menurut cerita Pegawai Kesihatan Awam yang bawa kami ke sana, Tasik Bukit Merah ni sama kategori dengan Lake Danau Toba kat Indonesia, which is terhasil daripada kawah gunung berapi yang meletup dan kemudian mati..Sebab tu la air tasik ni sentiasa hangat dan mengandungi kandungan sulfur dan belerang..Dan sebab tu jugak la ikan arowana daripada kawasan Tasik Bukit Merah adalah yang paling cantik di dunia sebab airnya membentuk sisik ikan arowanan yang sangat2 dashing..

Sesampainya kat Kg Selamat, kami ditunjukkan apa tu Over Head Tank, which is tangki yang tinggi daripada tanah untuk membekalkan air kepada penduduk yang menggunakan subsidi air tu..
Tangki tu memang tinggi la diletak, since ia perlu untuk bagi pressure yang cukup untuk hantar air ke rumah2 yang menggunakannya..

*See?Tinggi daripada kepala kita, right?

Kami juga ditunjukkan pam elektrik yang menyedut air daripada perigi yang dikorek kira2 8 hingga 15 meter ke perut bumi..Rupanya perigi ni ada cara nak menentukan perigi tu sesuai ke tak untuk digunakan, dan ada pula cara nak menjaganya daripada tercemar..Nak tau, kena la pegi refer kat Unit Inspektorat kat situ..Penat sun cerita panjang2 kang..



Kos keseluruhan nak bina satu perigi, satu pam elektrik, satu tangki Over Head, dan paip2 yang menyalurkan air daripada pam ke tangki dan daripada tangki ke rumah semua ditanggung oleh kerajaan..
Ok now bukan sun nak promote kerajaan or what so ever, tapi, memang sangat2 beruntung jadi orang Malaysia ni..Dapat penggunaan air, bersubsidi dibuat untuk dorang..Dorang tak bayar satu sen pun..Then, dorang cuma perlu bayar duit elektrik RM 2 satu bulan hanya untuk pam elektrik yang berfungsi secara automatik, hanya on bila air dalam tangki berada dalam keadaan sedikit air..
Bayangkan..RM 2 satu bulan..
Nak dibandingkan dengan kat bandar, kat KL, mau tak sampai RM 100 satu bulan??
Demm..Ni yang rasa nak pindah ke kampung2 ni..
Jimat duit..Boleh la kawen..Huhuhu

Kami juga sempat melawat ke Bukit Merah Laketown Resort..
Tempatnya besar, dan cantik since tasik tu besar,right?
Ada la beberapa activity yang leh dijalankan kat sini..
Ada Ecopark, Waterpark, Orang Utan Island, dan macam2 lagi..
Semuanya harga berpatutan sangat2..
Kalau nak compare dengan Lost World Of Tambun tu memang jauh lebih murah dan jauh lebih best la tempat ni..
Ni sun include sekali fare untuk semua aktiviti kat sini..
Best dowh tempat ni~!
Kang nak bawak family nak bawak si dia ke sini la..
Awek yang comel2 nak ikut tu, sila la register dengan sun ye?
Hihihi





Seperti biasa, kalau dah pegi tempat2 baru ni, memang secara automatik sifat camwhore picturewhore semua dah keluar la kan..So, sun nak letak gak sikit2 pict kat sini..
Toksah nak letak bebanyak..Dah panjang berjela macam Hikayat Laila Majnun dah post aku yang satu nih..



Haha..
Memang dok kat sana, memang heaven..
Tak de kena buli dengan staff2..
Tak de nak kena kejar mengejar MA or sister..
Tak de nak kena banting tulang keje lebih teruk daripada staff sendiri..
Tak de..
Just relaks, relaks, dan relaks..
HEAVEN GILEH~!!

Memang lepas ni tak de dah akan serelaks tu..
Tapi, harapnya kenangan kat sana mampu terlekat kat ingatan sampai bila2 even dah keje nanti..
Thanks kepada semua staff2 Pejabat Kesihatan Daerah Kerian..
Tanpa dorang, kami tak dapat input seindah dan kenangan semanis ni..
Thanks semua..


Oh..
Tu je yang sun nak update..
Tapi, sun akan update lagi..
Now dah 3 suku pagi, tapi sun lom leh tido..
Sun akan refresh jap otak, then sun akan cuba update lagi about other occasion in my life..
Ok?
Thanks sebab sudi blog-berjalan (blogwalking) kat blog sun..
Love you all..




Tukang Heboh Tukang Cerita,
Sun Ihsan