Lama dah tak update apa-apa. Manusia workaholic seperti sun jarang dapat melayari internet di depan komputer. Hanya boleh update on-the-go melalui phone.
Jadi, semalam, 19 Januari 2014, sun telah ditimpa satu kemalangan jalanraya.
Ketika dalam perjalanan pulang dari rumah bonda di Muar, sewaktu mendekati klinik sun bertugas, secara lebih tepatnya di Bukit Darat, Tanjung Kling, satu moto telah masuk secara tetiba di laluan sun. Dengan secara naluri, sun telah mengelak dari melanggarnya secara head-on collision ke tubuhnya, dan sun cuma dapat mensasarkan tayar belakangnya. Pelanggaran telah menyebabkan sun dan moto sun, Black, berpusing, berguling, terseret, terlanggar pokok, terhentak tiang lampu, dengan jarak 60 meter dari point of impact. Setelah kepala sun terhentak di tiang lampu, sun tidak sedarkan diri untuk seketika.
Ketika dalam tidak sedarkan diri, sun bertemu dengan seorang pakcik, berjanggut dan berjubah putih.
Dia telah berkata kepada sun,
"Ihsan, awak dipandang Allah. Ihsan dah baik. Ihsan patut sedar itu. Tak perlu Ihsan berduka dan bersedih. Teruskan memberi ihsan kepada manusia lain, dan jadilah Ihsan yang lebih baik. Sesungguhnya yang lebih baik menanti Ihsan. In shaa Allah. Bangkitlah, dan berjasalah."
Mengalir air mata seketika. Sun buka mata, dan terdengar "Ya Allah. Hidup lagi adik ni. Nak, bangun nak. Buka mata."
Buka mata, aku lihat aku dikerumuni manusia-manusia yang aku tak pernah lihat. Tak kenal. Tak pernah terserempak. Mereka memangku kepalaku. Mengipaskan aku. Mengelap darah di luka-lukaku.
Subhanallah.
Ternyata betul Janji Allah. "Satu kebaikan kamu semaikan, 10 kebaikan bertunas untuk kamu"
Alhamdulillah.
Abang Bob, Abang Apai, iaitu senior-senior Penolong Pegawai Perubatan di klinik dan di kawasan aku bertugas, berserta Abang Wan, Abang Rizal, iaitu pilot-pilotku datang bersama ambulance kesayangan.
Tidak sangka, selama 6 bulan aku bertugas di dalam ambulance tu, sampai juga masa aku pula yang terbaring lemah di dalamnya.
Di hospital, aku tidak dapat merasakan kaki kananku. Tiada langsung deria rasa di betis dan peha. Hanya Allah yang tahu betapa aku risau masa tu. Di sebelah buku lali sakit yang teramat. Berdenyut. Menyucuk. Perit. Sakit.
X-ray seluruh badan dijalankan kat aku. Ternyata tulang Fibula kakiku patah. Yang turut patah ialah salah satu tulang rusukku. Patutlah dada berasa berat dan sakit.
Sekarang, aku bersimen plaster di kaki kanan. Secara rasmi menjadi manusia OKU sementara waktu.
Nikmat itu datangnya dari Allah.
Bila diambil, rasa susah dan penat.
Jadi bersyukurlah selagi ada.
Doakan sun sembuh cepat ye.
Sun tak sabar kembali kerja.
Tak sabar terus menabur bakti.
Tak sabar meneruskan usaha menjadi insan yang lebih bererti.
In shaa Allah. God's willing.
Sekian saja nukilan sun.
Sun pesan, terutama kepada sahabat-sahabat di arena permotoran, berhati-hatilah.
Acapkali bukan salah kita, tapi kita menerima padahnya.
Semoga kita dilindungi Allah setiap masa. In shaa Allah.
Kepada Shahid,
Aku rindu kau. Hati-hati memandu. Please jangan memandu laju-laju. Risau tengok kau duduk sorang.
Kepada bonda dan keluarga,
Terima kasih yang tak terhingga.
Kepada mama dan semuanya,
Nanti sun balik. Sun masih belum bersedia nak jumpa kalian semua. Berikan sun sedikit masa untuk bertenang.
Truthfully,
Sun Ihsan
No comments:
Post a Comment