Life has its ups and downs
Banyak dah terjadi
Alhamdulillah,
Sun dah selesai konvokesyen.
Now sun dah pun habis juga Program Penempatan Wajib (ala-ala macam housemanship doktor) di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor
Sekarang dah pun dihantar untuk bertugas di Klinik Kesihatan Tanjung Kling, Melaka
Now sun menjalani double role life
Satu sebagai penjawat awam
Satu sebagai mat rempit aka rider/biker
Black, sebuah Kawasaki ER6-N versi tahun 2013 telah menjadi milik sun, Alhamdulillah
Dah ada hobi baru, iaitu ride, travel ke tempat-tempat, berkonvoi, dan berTTS (Teh Tarik Session)
Sun juga ahli kelab Young ER6 Owner Club, dan baru juga menjadi ahli kelab lain - FMOG
Tentang kerja, to be honest, agak penat dan havoc
Mungkin kerana pengurusan human resources yang tidak baik, dan mungkin kerana tenaga kerja dalam mukim Melaka Tengah yang betul-betul kekurangan, Wallahualam
Tentang family, Alhamdulillah, all is well
Mama nampak bahagia
Ayah sihat sejahtera, ada la sakit sekejap, then now dia kembali seperti biasa
Adik, dah masuk semester senior, semoga dia berjaya menjadi seorang Jururawat yang berjaya kelak, amin
Tentang hidup, to be honest, sun dah nak settle down dengan hidup
Yakni, sun dah terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga
Now dah banyak belajar tentang dunia alam rumah tangga, tanggungjawab, hukum hakam, kaunseling, dan banyak lagi
Tentang calon, rasanya tak perlu sun tipu yang sun dah ada seorang yang sun yakin boleh mengiringi sun ke perjalanan dunia ni dan di akhirat, sebagai teman, sebagai isteri, sebagai pemberi semangat, dan sebagai pendorong
To be a wife you need the capability to push your husband beyond his limits to achieve greatness
Dan sun yakin sun dah jumpa wanita yang boleh jadi isteri yang sebegitu
Mungkin lepas ni dah sangat-sangat susah mendapatkan masa untuk berblogging
Waktu kerja yang packed (8pagi hingga 5petang di klinik yang pesakitnya datang tak sudah habisnya, tambah dengan on call yakni 24 jam seminggu andai ada call 999 kena respon untuk cover kes kecemasan di satu kawasan yang seriously luas gileh)
Ditambah peranan sebagai seorang bikers yang memerlukan komuniti untuk terus giat dan selamat, jadi akan ada event-event, perjumpaan, lepak dan ride berkonvoi
Maaf semua
Apa pun,
Doakan sun selamat, sihat, sejahtera, berjaya dan bahagia hendaknya
Lagi satu,
Kepada yang pernah ada dalam hidup untuk menjayakan hidup sun, pernah ada untuk memberikan kegembiraan, pernah ada untuk menunjukkan jalan kejayaan, sun ucapkan terima kasih yang tak terhingga
Tiada jodoh mungkin untuk kita berjumpa lagi
Tiada rezeki mungkin untuk kita bersua muka
Tiada kesempatan mungkin untuk kita berkongsi cerita
Dan tiada hati lagi mungkin kalian hendak bertemu sun
Jadi sun ucapkan terima kasih sangat-sangat untuk segalanya
Sun manusia biasa yang ada batas dan kelemahan
Sun mohon ampun dan maaf\
Halalkan segalanya
Terima kasih
Baiklah,
Nanti ada masa dan idea, sun coret-coret lagi di sini ye
Do take care and be good
May Allah always be with you
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment