Followers

Tuesday, May 27, 2014

Hati, Dedaun Rapuh Di Luh Mahfuz

Bulat.
Itu pusingan hidup.
Adakalanya kita senyum, adakalanya kita menitiskan air mata.
Adakalanya kita ada peneman, adakalanya kita bersendirian.

Kadang kala, sedang sendirian, aku termangu.
Terlintas,
"Layakkah aku?"

Mungkin tidak.
Mungkin terlalu banyak nista.
Mungkin terlalu tebal debu.
Mungkin terlalu kotor jasad aku.

Mana mungkin aku mengimpikan puteri lindungan.
Mana mungkin aku mendambakan si pari-pari.

Tidak mengapalah.
Allah Maha Pemilik Cinta.
Dia yang memiliki segalanya.

Teguhlah hati.
Sabarlah jiwa.

Ni semua balasan aku.
Ni semua ketentuan aku.
Aku rela.
Aku redha.
Dan aku terima.

Namun aku lega.
Sekurang-kurangnya aku dah meluahkan apa aku rasa.
Manalah tau kan.
3 kali.
Genap 3 kali aku melarikan diri dari kematian.
Manalah tau, kali seterusnya Maut tak melepaskan aku.

Kita hidup, sependek mana kita solat.
Kejap je.
Saat aku dilahirkan, ayah mengazankan aku.
Saat aku mati, aku disolatkan.
Hanya antara azan dan solat.
Itulah pendeknya hayatku.
Pendek sangat, Ya Allah.

Ye.
Aku ingin memiliki teman hidup.
Sedangkan Adam meminta untuk adanya Hawa.
Tapi, aku minta maaf, Ya Allah.
Mungkin, aku tak layak.
Malah, aku tau, aku tak layak pun menyentuh pintu syurgaMu.

Ya Allah.
Sabarkan aku ye.
Tabahkan aku ye.
Dan kirimkan salam sayangku, titipkan rindu aku pada dia.
Bahagiakan dia.
Seperti mana adanya dia, aku bahagia.
Amin Ya Allah.


Sunday, May 18, 2014

Bucket List

Bucket List,

Adalah satu senarai, beberapa benda yang kamu nak lakukan sebelum kamu mati.

As you know, sun dah terlibat kemalangan yang membuatkan sun hampir-hampir mati sebanyak dua kali.
It crosses my mind, senangnya kita mati dan pendeknya usia kita sebenarnya.

Jadi, sun ingin sangat, dalam kehidupan sun yang pendek ni, sun laluinya dengan penuh rasa gembira dan dapat meneroka dunia ciptaan Tuhan ni sepuasnya, agar bila malaikat maut datang menjemput sun, sun tiada apa lagi kekesalan, "kenapa aku tak buat begitu masa aku hidup".

Selama beberapa bulan ni, sun dah banyak menjelajah.
Dan dah banyak dah impian sejak kecil yang sun dah dapat.

Sun dah dapat haiwan peliharaan impian sun.
Orion, seekor Ball Python

Sun dah pernah memiliki sebuah superbike, sebelum kecelakaan terjadi kepada sun.
Black, sebuah jentera ER6N buatan Kawasaki

Sun dah punyai kamera seperti yang sun inginkan.
Kamera Nikon D5100 bersama Nissin Speedlight, amatur je


Alhamdulillah. Rezeki sun ada untuk memiliki atau pernah memiliki semua ni.
Dengan semua ni la sun dapat menjelajah dunia kecil sun ni.
Walaupun setakat di Malaysia cuma, sun dah rasa cukup puas.

Sun dah ke Penang
Padang Kota Lama

Bukit Bendera

Sun dah ke Kedah
Kodiang

Keriang

Sun dah ke Johor
Pantai Air Papan, Mersing

Sun dah ke Pahang
Benta

Cameron Highland

Ride bersama Young ER6 Owner Club (YEOC)

Pantai Teluk Chempedak

Sun dah jadi gila buat bungee jump kat Sunway Lagoon.
Twice, dude. Twice.


Tapi, ye la kan, kita manusia, mana pernah rasa puas, sebenarnya.
Sun masih banyak benda nak buat. Masih banyak tempat nak pergi.

Sun ingin menunaikan umrah.

Sun ingin buat freeparachute jump.


Tapi takpe la.
Masih ada sisa hidup.
Satu persatu akan dijalani.

Sabarlah sun.

Mungkin lepas ni nak pergi ngan teman hidup pulak.
Dah dah dah dah.
Mula berangan,

Ok la semua.
Thanks sebab sudi singgah (kalau singgah la nya pun)
Assalamualaikum


Lembaran Baru

Blog dah dibersihkan.
Atas permintaan mereka.

Memori dah dipadamkan.
Atas pemergian mereka.

Lembaran telah dikosongkan.
Kita catit yang baru semula.

Inshaa Allah.
Semoga kau bahagia, Sun Ihsan.


Tuesday, April 22, 2014

Swords Parrying With The Queen

23hb April, 2014

Dah lebih sebulan.
Dah lebih satu bulan kita tak berjumpa.
Dah lebih satu bulan tangan ni tak menyentuh tangan mama.
Dah lebih satu bulan bibir ni tak mencium tangan mama.

Mama, sihat tak?
Sun rindukan mama.

Mama,
Maafkan sun sebab jadi seorang anak yang memiliki pendirian yang tak ingin kalah, dan tegas dalam apa yang dikatakan, serta tak pernah jemu pun nak menghulurkan tangan ni kepada mama untuk mama sudi berbincang, dan mendengar apa sebenarnya yang sun nak sampaikan.

Mama,
Esok hari gaji sun.
Sun rindu nak hulurkan secebis dari duit gaji sun kat mama.
Ye, sun sedar ia sangat sikit. Sampaikan bila mama mengadu yang sikitnya sun bagi, pasti malamnya sun nangis seorang diri.
Tapi ma, itu je la yang sun mampu.
Takat itu rezeki sun.
Sun akui sun tak mampu nak bagi beribu ringgit macam jiran depan umah kita, tak mampu nak bagi kereta macam jiran sebelah kampung kita, dan tak mampu nak hulur 100% duit gaji macam saudara kita kat Indonesia sana.
Tak. Sun tak mampu.
Tapi mama tak sedar.
Bila mama seolah2 menghargai apa sun hulurkan, mama junjung atas kepala mama, mama doakan sun berjaya dan murah rezeki, mama tak tau betapa bangga dan bahagia sun masa tu, ma. Mama tak tau.

Mama,
Sebulan lepas sun hari jadi.
Itulah kali pertama dalam suku abad sun hidup, mama tak ucapkan selamat hari jadi kat sun.
Itulah hari sun keluar dari rahim mama.
Itulah hari sun menyusu kali pertama.
Dan itulah hari pertama sun menjadi anak mama.
Tapi, sebulan lepas, tiada kata "Selamat hari jadi, nak! Mama sayang kau! Semoga kau jadi anak yang baik, selamat, sihat dan murah rezeki!"
Takde ma.
Takde doa dari seorang ibu kepada anaknya.
Takde, ma.

Mama,
Bila sun keje, sun tak pernah lupa kat mama.
Teringat dulu kita berhujan di malam hari, berpanas di siang hari, menghantar tempahan jahitan baju kurung yang mama jahit, yang sun tolong sembatkan, dan adik tolong seterikakan.
Teringat dulu kita makan nasi yang berasnya dicatu setiap masa, bersama gulai daging cincang yang dibeli 2 ringgit, sambal kosong yang dibeli 50 sen di kedai makan di sebelah rumah, dan disedapkan dengan kicap.
Teringat dulu kita sentiasa tengok kesenangan orang lain, walhal kita berlapar, baju tak bertukar, kasut sekolah koyak, buku teks tak dapat diberi bantuan jadi tak lengkap terbeli, tiada tuisyen, dan alat tulis pulak dibeli di Mydin sebab itulah harga paling murah.
Sun tak pernah lupa kesusahan kita bersama, ma.
Tak pernah.
Sun tak pernah lupa airmata mama menadah tangan di atas sejadah, mendoakan kejayaan sun dan adik, mendoakan rezeki datang walau sedikit, walau hanya untuk mengalas perut kita.
Tak pernah ma.
Tapi bila sun kerja, di perantauan, jauh dari mama, mama tak nampak betapa gigih dan kuatnya sun kerja. Mama tak nampak usaha sun untuk bagi satu masa depan yang terjamin untuk kita.
Ma, sun tak nak duit. Sun tak nak!
Sun cuma nak mama nampak sun usahakan masa depan kita agar nanti mama dah tua, perubatan mama terjaga, kesihatan mama terjaga, dan kita tak berlapar lagi ma.
Ye sun tau sun tak mampu belikan kereta untuk mama, tak mampu nak belikan rumah untuk mama, tak mampu nak belikan perabot mahal untuk mama.
Tak, ma. Sun tak mampu.
Sun cuma mampu berusaha dengan gigih di sini untuk kesenangan mama di masa akan datang.
Duit sun simpan untuk mama pergi haji.
Takde satu sen pun sun simpan untuk diri sendiri.
Takde ma.

Mama,
Sun sayangkan mama.
Walaupun berkali2 mama cakap sun tak sayang mama.
Mama hebohkan kat satu kampung sun tak sayang mama.
Mama ceritakan kat semua kawan mama yang sun tak sayang mama.
Tapi sun sayangkan mama.
Mama tak tau sun pernah bertumbuk sebab ada orang kutuk mama depan sun.
Mama tak tau sun sanggup bunuh sesiapa saja dan mati untuk pertahankan mama.
Mama tak tau, ma.
Mama tak tau.

Tapi ma,
Ayah tu tetap ayah sun.
Apa pun jadi, di dunia ni, sun masih berbinkan dia ma.
Apa pun jadi, sun terjadi sebab adanya dia juga ma.
Sun juga sayangkan dia dan sun sanggup pertahankan dia dari sesiapa pun, termasuklah mama.
Jadi tolonglah ma.
Seteruk mana ayah sun.
Apa pun dia buat di masa silam, itu bukan hak sesiapa untuk kata apa2 ma.
Masa silam dah berlaku.
Lantak pi sana!
Dia masih ayah sun jadi tolong hormat sun yang menghormati ayah sun!
Tolong jangan hina dan kutuk ayah sun di depan sun sebab sun memang takkan pernah tahan ma!
Sedangkan ayah pernah kutuk mama depan sun pun sun marah dia secukup2nya!
Tolong ma.
Tolong.

Betul orang kata.
Anak terbuang tanpa kesejahteraan berkat dari ibu ni, takkan senang dan aman hidup dia.
Satu persatu benda terjadi kat sun ma.
Kemalangan dah dua kali.
Hampir mati dah dua kali.
Kehilangan orang tercinta dah dua kali.
Dan sun dalam kesempitan sekarang.
Sebagai anak tak guna, bak kata mama selalu kata, ni la yang kena alami.

Cuma,
Takkanlah salah seorang anak mempertahankan ayahnya.
Takkanlah salah seorang anak menegakkan prinsipnya.
Takkanlah salah seorang anak menegur ibunya.
Takkanlah salah seorang anak mengadu ibunya.
Takkanlah salah seorang anak nak berbincang dengan ibunya.
Takkanlah salah ma??

Ye.
Sun anak lelaki.
Yang sulung pulak tu.
Tapi sun teringin juga, baring atas riba mama, menangis mengadu nasib kat mama.
Tapi sun teringin juga, duduk depan mama, berbincang hal penting hidup bersama mama.
Tapi sun teringin juga, berdiri sebelah mama, bersepakat dan erat dalam perjalanan hidup sama2.
Salahkah sun nak semua tu ma?
Apa besar sangat ke permintaan sun tu ma?

Masa kita susah dulu, sun tak pernah mengeluh sebab sun ada 'dunia' sun, iaitu mama.
Mama la segalanya untuk sun.
Tapi sejak kita ada rumah, ada bisnes, mama pun dah ada suami, sun seolah2 kehilangan mama.
Setiap kali sun ada peluang, pasti sun tak sabar balik hanya nak tengok mama.
Tapi rupanya, mama dah terlalu asyik dan sibuk dengan dunia mama sendiri.
Sun seolah2 seorang penumpang di rumah sun sendiri ma.
Seolah2 hanya seorang tetamu yang datang tetiba, hilang pun tetiba.
Mama tidur di bilik mama, sun tidur di ruang tamu. Kita hanya terpisah oleh satu pintu. Tapi sun rasa seolah2 kita berada jauh di dua kutub, ma.
Mama dah jauh sangat sekarang.

Sun tau, siapa sun di mata mama.
Hanya seorang anak yang derhaka.
Seorang lelaki tak guna.
Seorang pekerja yang kaya dan kedekut.
Seorang bergaji besar tetapi bakhil.
Sun tau sun hina sangat2 di mata mama kalau nak dibandingkan dengan anak makcik depan rumah, makcik kampung sebelah, dan makcik kat Indon tu.
Ye. Sun tau. Sun tau sangat2.
Tapi, ni la anak mama yang berlari dari sekolah sampailah ke rumah dengan slip keputusan UPSR 6A1B, slip PMR 7A1B dan SPM cemerlang, tak lupa juga surat tawaran kerja Penolong Pegawai Perubatan ni.
Ni la orangnya ma.
Ni la orangnya yang 'memancung' kesemua pandangan jelek orang kampung di rumah lama kita dulu.
Ni la orangnya yang buat mama bangga satu masa dulu.
Ni la orangnya yang mama berjumpa dengan kawan2 mama, mama ke Indon jumpa saudara mara mama, dorang akan berkata bangga.
Ni la orangnya ma.
Ma, sun tak pernah kisah apa orang kata pasal sun ma.
Sun tak pernah kisah orang lain hina sun, keji sun, kutuk sun.
Tak pernah sun kisah apa orang lain nak kata, gosip dan sebar pasal sun.
Tak pernah pun!
Tapi bila mama sendiri hina sun, kutuk sun, mama tak tau betapa sakitnya dan luluhnya hati ni ma.

Mama,
Mama tau tak bila mama mengadu pasal suami mama, hati sun sakit juga?
Mama tau tak bila mama mengadu demam mama, hati sun sakit juga?
Mama tau tak bila mama cerita masalah mama, hati sun sakit juga?
Mama tau tak bila mama beritahu kesempitan mama, hati sun sakit juga?
Hati ni sakit sebab diri ni anak mama, dan anak mama ni sayangkan mama, ma.
Mama tak tau ke?
Mama tak nampak ke?
Mama tak hirau ke?

Mama,
Ye, sun tau, mama tak pandai masak.
Kalau orang luar makan masakan mama pasti dok komplen dok tak makan habis.
Tapi mama tau tak kenapa diri ni makan bertambah2 dan berselera bila mama masak?
Sebab sun bahagia bila sun makan masakan dari tangan mama.
Sun sanggup berhujan berpanas dengan LC dari Perak,
Sun sanggup berhujan berpanas dengan bike dari Johor,
Sun sanggup redah bahayanya penatnya dan jauhnya demi mama.

Ma,
Apa lagi sun nak buat ma.
Apa lagi sun nak buat untuk mama nampak diri ni ma?
Apa lagi sun nak buat untuk mama terima diri ni ma?
Sampai bila lagi sun nak jadi macam anak terbuang kat sini?
Sampai bila lagi sun nak hadapi hidup dalam bahang kebencian mama?

Ma,
Sun rindu mama.
Sun rindu masa bersama mama.
Sun rindu mama sun yang dulu.
Kembali la ma.
Sun rindu mama.

Satu hari nanti sun akan kahwin.
Sun akan ada seorang perempuan dalam hidup sun.
Tapi,
Mama tetap ratu hati sun.
Walaupun mama dah tua.
Walaupun mama dah mati.
Walaupun mama dah takde.
Mama tetap wanita nombor satu yang sun cinta.

Sun rindu mama.
Sun sayang mama.
Sebab mama la ratu hati sun.

Dari jauh sun kirimkan sayang.
Anak mama.


Sunday, March 16, 2014

Battle Scars - Guy Sebastian feat Lupe Fiasco

Hope the wound heals but it never does
That's cause you're at war with love
You're at war with love, yeah

These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle...


Never let a wound ruin me
But I feel like ruin's wooing me
Arrow holes, they never close from Cupid on a shooting spree
Feeling stupid cause I know it ain't no you and me
But when you're trying to beat the odds up
Been trying to keep your nods up
And you know that you should know
And let her go
But the fear of the unknown
Hold another lover strong
Sends you back into the zone
With no Tom Hanks to bring you home
A lover not a fighter
On the front line with a poem
Trying to write yourself a rifle
Maybe sharpen up a stone
To fight the tanks and drones of you being alone

I wish I never looked, I wish I never touched
I wish that I could stop loving you so much
Cause I'm the only one that's trying to keep us together
When all of the signs say that I should forget her
I wish you weren't the best, the best I ever had
I wish that the good outweighed the bad
Cause it'll never be over (never be over) until you tell me it's over


These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change

These battle...


(Then just leave then)
You shouldn't have but you said it
(And I hope you never come back)
It shouldn't have happened but you let it
Now you're down on the ground screaming medic
The only thing that comes is the post-traumatic stresses
Shields, body armors and vests don't properly work
That's why you're in a locker full of hurt
The enemy within and all the fires from your friends
The best medicine's to probably just let her win

I wish I couldn't feel, I wish I couldn't love
I wish that I could stop cause it hurts so much
And I'm the only one that's trying to keep us together
When all of the signs say that I should forget her

I wish you weren't the best, the best I ever had
I wish that the good outweighed the bad
Cause it'll never be over, until you tell me it's over

These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle...


Cause you set me on fire
I've never felt so alive, yeah

No, hoping wounds heal, but it never does
That's because you're at war with love

And I'm at the point of breaking
And it's impossible to shake it (yeah)

See, you hoped the wound heals, but it never does
That's cause you're at war with love
Hope it heals, but it never does
That's cause you're at war with love!


These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
I ain't ever gonna change
These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
I ain't never gonna change
These battle...











Monday, February 10, 2014

Deruman Merdu Dan Bayang Hitam

Dah dekat nak masuk 1 bulan.
Aku ditimpa kemalangan.
Kakiku patah.
Tulang ini patah.
Tulang itu retak.
Who cares.

Apa yang paling aku rasai.
Kehilangan.

Dari kecil, aku selalu memandang superbikes.
Aku suka lihat derumannya.
Kelajuannya.
Kelincahannya.
Punyalah aku suka, sampai aku rasakan jijik melihat mat rempit 2 strokes memekak di tengah malam dengan kelajuan yang tah setakat mana.

Alhamdulillah, aku dikurniakan kerja.
Dapatku beli idamanku.
Tak ada perancangan.
Tak ada pemilihan.
Aku pilih dia ikut naluri sesaat aku.
Black.
Itu nama yang aku petik untuknya, seperti mana semua benda milikku yang aku sayang.

Kami berdua dah puas pusing sana pusing sini.

Meranduk hujan lebat di Kuala Pilah.

Menghitamkan diri dengan terik mentari di Batu Ferringghi.



Mencari Puteri Gunung Ledang di Sagil.

Melayan angin laut lepas penat bekerja seharian suntuk.

Jadi gila sama2.

Raikan perjalanan separuh pusingan bumi sama2.

Ride sampai ke Cameron Highland sama2.

 Ride sampai ke Genting Highland sama2.

 Ride sampai ke Ledang ke Muar sama2.

 Kami dah lalui semuanya.

Ada orang kata.
"Apa best naik moto. Penat. Panas. Hujan kau basah. Semua terdedah."

Mana mungkin mereka paham.
Keseronokan.
Adrenalin.
Kepuasan.
Kepenatan.
Semua tu takde dengan memandu kereta apa sekali pun.

Setiap liku dan lengkuk jalan.
Setiap curam dan licinnya permukaan.
Setiap naik dan turunnya tar.
Semua tu berikan keterujaan yang tiada taranya.

Di dalam helmet, aku bernyanyi bila aku bergembira.
Di dalam helmet, aku bertaranum bila aku merinduiNya.
Di dalam helmet, aku bertempik bila aku sedang memarahi sesuatu.
Di dalam helmet, aku menitiskan air mata bila aku bersedih.
Takde yang nampak.
Takde yang tau.
Cuma aku, dan Black.
Sambil setiap meter jalanraya kami susuri dengan laju.

Demi Tuhan.
Aku rindu kau, Black.
Kau tiada taranya.
Cinta pertama aku.
Kenderaan pertama aku.
Dan kesayangan pertama aku.

Kau akan sentiasa dalam memori.
Aku sayang kau.
Maafkan aku.


Bila aku dah bersedia nanti, 
Dah aku naik pangkat lagi, 
Dah aku stabilkan hidupku dengan lebih teguh lagi, aku akan cari sesuatu yang lain untuk isi kekosongan kau.
Tapi kau takkan ada penggantinya.
Seperti cinta pertama seorang manusia.

Ni sewaktu aku menziarahinya di impound yard, IPD Trafik Melaka Tengah. Aku perlu membawanya ke bengkel. Inshaa Allah. Walaupun aku tau dah total lost. Chassis dah bengkok. Engine dah pecah. Sangat2 teruk keadaannya. Luluh hati ni tengok.

Rest in peace, sayang.
Terima kasih.
Untuk semuanya.
Satu persatu benda yang aku sayang tinggalkan aku.
Sekarang aku tak punya sesiapa lagi.
Tak punya apa lagi.





Thanks for everything, buddy.
I miss you.


Love,
Sun Ihsan

Wednesday, January 22, 2014

Bahagia Dalam Derita

Assalamualaikum.

Dah masuk hari ketiga sun menjadi OKU sementara waktu.

Terencat pergerakan.
Terbatas perjalanan.
Terkurang juga keyakinan.

Betul kata ayah.
"Kau takkan penah mampu nak menghargai sesuatu, sampailah tiba masa ia diambil dari kau."

Satu persatu nikmat ditarik dari sun.

Black dah takde.
Takde lagi kemampuan 'terbang' ke sana ke mari, bagaikan Rasullullah bersama Buraq.

Kelincahan kaki dah takde.
Takde lagi kebolehan berjalan laju, berdiri tinggi megah, dan penatnya hanya untuk ke tandas semata.

Kegembiraan dah tiada.
Ketara siapa yang akan ada bila sun ditimpa susah. Siapa yang bersama sun hanya untuk mendapatkan, dan siapa yang bersama sun memang untuk memberikan.



Kawan-kawan berpesan.
"Jatuhnya satu bencana atas diri itu, ada hikmahnya."

Subhanallah.

Daripada tertimpanya kecelakaan ini, sun lebih hargai segalanya. Sun lebih sedar apa yang sun kurang. Dan apa yang sun betul-betul perlukan.

Wallahualam.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Mungkin ini satu pembuka pintu rahmat, rezeki, kesempatan, malah kasih sayang untuk sun.

Sejujurnya, hati ini sedang basah. Basah dalam naluri kasih sayang bisu. Bisu tak terluah. Ingin dikata tapi tersemat pula di lidah.

Tidak mengapa.

Bagi sun, cinta itu milik Maha Pencinta. Dia yang Maha Mengasihani. Dia yang menciptakan rasa cinta. Dia yang menciptakan rasa kasih. Dia yang menciptakan rasa sayang.

Cinta si gadis adalah terletak di tanganNya. Sun hanya mampu berdoa agar kami ditautkan dengan perasaan agung itu.

Maafi Qalbi Ghairullah.

Biar pun dia jauh, biar pun dia membisu.
Sesungguhnya hati sun dah bertaut.
Apa pun jadi, sun masih akan sayang dia dan doakan yang terbaik untuk dia. Amin.


Okay.
Now despite tengah sakit.
Tengah susah.
Tengah resah.
Still bibir tersenyum riang.
Hati berbunga terang.

Alhamdulillah. 

Doakan sun sembuh. 
Doakan sun sihat.
Doakan sun kembali bertugas. 
Dan doakan sun bahagia, walau bagaimana pun hendakNya.

p/s : I miss you, cik inai.

Sunday, January 19, 2014

Dari Allah Kita Datang, Kepada Allah Jua Kita Berserah Segalanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama dah tak update apa-apa. Manusia workaholic seperti sun jarang dapat melayari internet di depan komputer. Hanya boleh update on-the-go melalui phone.

Jadi, semalam, 19 Januari 2014, sun telah ditimpa satu kemalangan jalanraya.

Ketika dalam perjalanan pulang dari rumah bonda di Muar, sewaktu mendekati klinik sun bertugas, secara lebih tepatnya di Bukit Darat, Tanjung Kling, satu moto telah masuk secara tetiba di laluan sun. Dengan secara naluri, sun telah mengelak dari melanggarnya secara head-on collision ke tubuhnya, dan sun cuma dapat mensasarkan tayar belakangnya. Pelanggaran telah menyebabkan sun dan moto sun, Black, berpusing, berguling, terseret, terlanggar pokok, terhentak tiang lampu, dengan jarak 60 meter dari point of impact. Setelah kepala sun terhentak di tiang lampu, sun tidak sedarkan diri untuk seketika.



Ketika dalam tidak sedarkan diri, sun bertemu dengan seorang pakcik, berjanggut dan berjubah putih.
Dia telah berkata kepada sun,

"Ihsan, awak dipandang Allah. Ihsan dah baik. Ihsan patut sedar itu. Tak perlu Ihsan berduka dan bersedih. Teruskan memberi ihsan kepada manusia lain, dan jadilah Ihsan yang lebih baik. Sesungguhnya yang lebih baik menanti Ihsan. In shaa Allah. Bangkitlah, dan berjasalah."

Mengalir air mata seketika. Sun buka mata, dan terdengar "Ya Allah. Hidup lagi adik ni. Nak, bangun nak. Buka mata."

Buka mata, aku lihat aku dikerumuni manusia-manusia yang aku tak pernah lihat. Tak kenal. Tak pernah terserempak. Mereka memangku kepalaku. Mengipaskan aku. Mengelap darah di luka-lukaku. 

Subhanallah. 

Ternyata betul Janji Allah. "Satu kebaikan kamu semaikan, 10 kebaikan bertunas untuk kamu"

Alhamdulillah. 

Abang Bob, Abang Apai, iaitu senior-senior Penolong Pegawai Perubatan di klinik dan di kawasan aku bertugas, berserta Abang Wan, Abang Rizal, iaitu pilot-pilotku datang bersama ambulance kesayangan.
Tidak sangka, selama 6 bulan aku bertugas di dalam ambulance tu, sampai juga masa aku pula yang terbaring lemah di dalamnya.


Di hospital, aku tidak dapat merasakan kaki kananku. Tiada langsung deria rasa di betis dan peha. Hanya Allah yang tahu betapa aku risau masa tu. Di sebelah buku lali sakit yang teramat. Berdenyut. Menyucuk. Perit. Sakit.

X-ray seluruh badan dijalankan kat aku. Ternyata tulang Fibula kakiku patah. Yang turut patah ialah salah satu tulang rusukku. Patutlah dada berasa berat dan sakit.


Sekarang, aku bersimen plaster di kaki kanan. Secara rasmi menjadi manusia OKU sementara waktu.
Nikmat itu datangnya dari Allah. 
Bila diambil, rasa susah dan penat. 
Jadi bersyukurlah selagi ada.

Doakan sun sembuh cepat ye. 
Sun tak sabar kembali kerja. 
Tak sabar terus menabur bakti.
Tak sabar meneruskan usaha menjadi insan yang lebih bererti.
In shaa Allah. God's willing.

Sekian saja nukilan sun.
Sun pesan, terutama kepada sahabat-sahabat di arena permotoran, berhati-hatilah. 
Acapkali bukan salah kita, tapi kita menerima padahnya.
Semoga kita dilindungi Allah setiap masa. In shaa Allah.
Kepada Shahid, 
Aku rindu kau. Hati-hati memandu. Please jangan memandu laju-laju. Risau tengok kau duduk sorang.
Kepada bonda dan keluarga, 
Terima kasih yang tak terhingga.
Kepada mama dan semuanya, 
Nanti sun balik. Sun masih belum bersedia  nak jumpa kalian semua. Berikan sun sedikit masa untuk bertenang.

Truthfully,
Sun Ihsan