Followers

Thursday, July 7, 2011

Aku Malu Dengan Melayu

Aku malu dengan Melayu..
Tiada rasa sahabat saudara..
Tiada kompromi atau sepakat..

Aku malu dengan Melayu..
Cuma tau memegang pembesar suara..
Tapi kata2 yang dilontarkan cuma memalukan bangsa..

Aku malu dengan Melayu..
Mudah dipalu api2 benci..
Padahal ia bukan dari saudara sendiri..

Aku malu dengan Melayu..
Cuma tau bereformasi..
Tapi tau kebenaran hakiki..

Aku malu dengan Melayu..
Lupa perjuangan Si Tuah..
Yang cinta dan berkorban demi titah..

Aku malu dengan Melayu..
Cuma tau memporakperanda..
Tanpa mahu memajukan bangsa..

Aku malu dengan Melayu..
Kalah dengan India dan Cina..
Yang tekad mahu membina diri mereka..

Aku malu dengan Melayu..
Yang tiada mahu mengikut sunnah..
Dan bodoh mengikut telunjuk dan perintah..
Serta kata2 syaitan durjana..

Aku malu dengan Melayu..
Yang lupa bagai mana peritnya para pejuang..
Darah dan nyawa dikorban di medan perang..
Agar legasi hidup gemilang..

Aku malu dengan Melayu..
Tidak mahu membanting tulang..
Untuk membina bangsa tersayang..

Aku malu dengan Melayu..
Yang mampu tersenyum bangga..
Saat maruah diri dipertonton dan dijaja..

Tolonglah..
Aku anak Melayu..
Aku rumpun Melayu..
Aku tidak mahu Melayuku musnah begitu saja..

Tolonglah..
Aku ingin maju..
Membina masa depanku..
Agar dapat ku pacu generasi nanti..

Tolonglah..
Aku tidak mahu sahabat ku berperang..
Tubuh saudaraku dibunuh sewewang2..

Tolonglah..
Aku mahu hidupku aman..
Di tanah airku sepanjang zaman..






Aku anti BERSIH 2.0..
Aku anti penjaja maruah bangsaku sendiri..
Aku anti pengikut telunjuk pendusta kebenaran..
Aku anti penghina Rajaku, Sultanku sendiri..
Aku anti pembelot kedaulatan negaraku ini..
Aku anti keparat yang mewar-warkan penipuan kepada saudara2 ku..
Aku anti rakyat negara ini yang sanggup melaga2kan sahabat2ku..


Sedarlah, saudara Melayuku..
Jangan diperkotak-katikkan lagi..
Tolonglah..
Hentikan semua ini..
Tanggalkan penutup mata yang selama ini kau pakai..
Cuba buka matamu besar2..
Lihat apa pembangunan dan perjuangan untuk dirimu sendiri..
Jangan kau menjadi boneka..
Meruntun kedamaian yang patut kau perjuangkan demi anakmu, cucumu dan cicitmu semata2 kebodohanmu sendiri..
Tolonglah bangkit..
Tolonglah..
Demi Melayu mu..
Demi Islam mu..
Dan demi dirimu sendiri..


-Jeritan dari bibir Muhammad Ihsan bin Abd Manan-

No comments:

Post a Comment